Pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala sistem
pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri.
Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya dianggap sebagai perkhidmatan
rel dan bas, definisi yang lebih luas boleh merangkumi perkhidmatan penerbangan
berjadual, feri, teksi dan sebagainya. Satu lagi batasan lanjut yang
kadang-kadang dikenakan adalah bahawa pengangkutan itu sepatutnya dijalankan
dalam kenderaan yang sentiasa dikongsi, maka terkecualinya teksi yang bukan
kongsi tumpang.
Pengangkutan awam biasanya dikenali sebagai pengangkutan
umum dan biasanya diatur untuk menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan
tetap tanpa penempahan. Kebanyakan penumpang transit bergerak dalam lingkungan
kawasan tempatan di antara rumah mereka dan tempat kerja, pusat beli-belah atau
institusi pendidikan.
SUMBERhttp://ms.wikipedia.org/R

No comments:
Post a Comment