Wednesday, 1 July 2015

PERSPEKTIF MENYELURUH TRANSFORMASI ORGANISASI

Pelaksanaan agenda transformasi memerlukan pengukuhan ke atas perancangan pengurusan organisasi secara bersepadu, meliputi aspek pengenalpastian komponen transformasi dan perincian proses yang terlibat di dalam melaksanakan transformasi. a) Komponen Transformasi Organisasi MAMPU telah mengenal pasti komponen-komponen utama dalam melaksanakan transformasi yang memberikan gambaran menyeluruh mengenai hubung kait pelbagai dimensi yang perlu diperkasakan dalam sesebuah organisasi. Komponen kepimpinan telah diletakkan sebagai faktor paling kritikal yang menentukan kejayaan transformasi dalam sesebuah organisasi. Ini kerana kepimpinan menentukan hala tuju dan matlamat organisasi melalui penggemblengan sumber-sumber secara strategik. Kepimpinan juga amat kritikal dalam mencetus, menggerak serta menerajui inisiatif perubahan dalam organisasi yang merupakan prasyarat kepada kejayaan transformasi. Pendekatan transformasi juga meletakkan komponen nilai dan etika sebagai faktor penting kerana nilai dan etika yang luhur akan menjamin Perkhidmatan Awam yang berintegriti, telus dan menjadi benteng kepada amalan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Bagi memastikan transformasi menyeluruh dan bersepadu, aspek sumber manusia, aspek operasi dan pelaksanaan serta penetapan hala tuju strategik turut diberi penekanan khusus. Seterusnya, aspek lain yang menyokong kejayaan transformasi dalam sesebuah organisasi adalah komunikasi berkesan, kolaborasi strategik dan budaya korporat yang gemilang.

TERAS STRATEGIK PENGANGKUTAN AWAM

TerasStrategik Kerangka strategik transformasi Sektor Awam berpaksi kepada lima (5) teras utama untuk melaksana proses transformasi yang disokong oleh rangkaian strategi dan program berimpak tinggi bagi memastikan pencapaian matlamat transformasi. Rajah 5 menunjukkan lima (5) teras strategik transformasi Sektor Awam. TerasStrategik 1 : Kepimpinan Transformasional Kepimpinan Transformasional (KT) merupakan pencetus, pencipta, penggerak dan peneraju perubahan bagi mencapai hala tuju transformasi di peringkat agensi. Objektif utama teras Kepimpinan Transformasional adalah untuk melahirkan lebih ramai pemimpin transformasional dalam Perkhidmatan Awam yang berupaya melakukan proses transformasi ke atas organisasinya secara menyeluruh. TerasStrategik 2: KerajaanBerteraskan Nilai Pemantapan nilai murni dan integriti di kalangan penjawat awam amat kritikal dalam mewujudkan Sektor Awam yang gemilang. Objektif utama Teras Kerajaan Berteraskan Nilai adalah untuk mewujudkan agensi-agensi Sektor Awam yang berpegang kepada prinsip-prinsip integriti, akauntabiliti dan memiliki sistem tadbir urus yang kukuh serta berwibawa dalam menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia. TerasStrategik 3: Kerajaan MengutamakanPencapaian Kerajaan telah menekankan konsep ’Kerajaan Mengutamakan Pencapaian’ serta mewajibkan pelaksanaan Key Performance Indicator (KPI) bagi memantau dan mengukur prestasi Sektor Awam secara komprehensif. Objektif utama Teras Kerajaan Mengutamakan Pencapaian adalah untuk meningkatkan kemampuan sektor awam untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dan melangkaui kehendak rakyat dan pelanggan. TerasStrategik 4 : KerajaanSalingBerhubungan Pelaksanaan konsep Kerajaan Saling Berhubungan adalah dipacu oleh keupayaan teknologi ICT sebagai pembolehdaya strategik. Kerajaan Saling Berhubungan adalah bercirikan capaian mudah, perkhidmatan berinovasi, interaksi dan koordinasi berkesan, perkongsian maklumat, kecekapan operasi dan tadbir urus ICT yang mantap. Objektif utama Teras ini adalah untuk mewujudkan Kementerian dan Agensi Kerajaan yang saling berhubung dan berkomunikasi di mana perkongsian maklumat dilaksanakan secara SUMBERhttp://www.mampu.gov.my/

TAGLINE TRANSFORMASI

Transformasi bermula daripada setiap individu dan diterjemahkan kepada setiap unit atau bahagian dan seterusnya kepada keseluruhan organisasi/agensi. Usaha transformasi kemudiannya perlu diperkasa dan diperluaskan ke seluruh Sektor Awam dan negara. Bagi melaksanakan inisiatif transformasi ini, agensi perlu menggandakan usaha meningkatkan potensi dan kompetensi warga bagi melahirkan penjawat awam yang berilmu pengetahuan, kreatif dan inovatif. Sejajar dengan matlamat ini, MAMPU telah memilih ‘Bersama Melaksana Transformasi’ sebagai tagline bagi merealisasikan aspirasi Kerajaan untuk melahirkan Sektor Awam yang responsif terhadap ekspektasi rakyat dan pelanggan. ‘Bersama Melaksana Transformasi’ juga memberi penegasan tentang pentingnya Sektor Awam bergerak di atas landasan yang sama sebagai satu entiti yang mantap dalam usaha menjulang kegemilangan negara. Elemen ‘kebersamaan’ juga merupakan manifestasi kepada aspirasi 1Malaysia yang menjadi tunggak pentadbiran negara. SUMBERhttp://www.mampu.gov.my/

DASAR DAN CADANGAN PENGANGKUTAN AWAM

DASAR DAN CADANGAN PENGANGKUTAN AWAM UMUM Pengurusan Permintaan Perjalanan Jika trend semasa berterusan, perjalanan dengan berkereta pada tahun 2020 dijangka akan meningkat hampir dua kali ganda daripada tahun 1997. Meningkatkan keupayaan jalan dengan membina jalan baru dan memperluaskan jalan sedia ada, dalam jangka masa panjang, tidak lagi akan menyelesaikan masalah tetapi sekadar menangguhkannya sehingga lebih banyak jalan perlu dibina. Kebanyakan kawasan di Bandar Raya, terutama di Pusat Bandar Raya telah dibangunkan dan pengambilan balik tanah untuk pembinaan jalan adalah bertambah sukar dan mahal. DBKL sedang menyusun strategi Pengurusan Permintaan Perjalanan yang bertujuan untuk mengarah semula pola pergerakan daripada pengangkutan persendirian kepada pengangkutan awam dengan mengintegrasikan mod-mod pengangkutan, memperkembangkan dan mempromosikan pengangkutan awam dan tidak menggalakkan penggunaan pengangkutan persendirian. Sistem pengangkutan awam di Bandar Raya seharusnya dapat bersaing, selesa, mesra pengguna dan mudah sampai kepada semua golongan pendapatan. Dasar: TT 1: DBKL akan menentukan langkahlangkah Pengurusan Permintaan Perjalanan untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam dilaksanakan melalui kerjasama dengan pihak pihak berkuasa yang berkepentingan. TT 2: DBKL akan melaksanakan program mengawal kenderaan persendirian untuk membaiki sirkulasi lalu lintas di Pusat Bandar Raya dengan tidak menggalakkan perjalanan berkereta dari dan ke Pusat Bandar Raya semasa waktu puncak dan menguatkuasakan langkah-langkah mengehadkan akses ke sesetengah kawasan di Bandar Raya. Pengurusan Sistem Lalu Lintas Bagi mengoptimumkan sistem pengurusan lalu lintas, sistem yang sedia ada perlu dipertingkatkan kepada satu sistem yang boleh memantau dan mengawal semua aspek pergerakan lalu lintas di Bandar Raya. Dasar: TT 3: DBKL akan meningkatkan sistem pengurusan lalu lintas. c) Pembangunan Berorientasikan Transit 436. Satu objektif utama sektor pengangkutan ialah pengintegrasian guna tanah dengan pengangkutan dan membangunkan satu Strategi Pembangunan Berorientasikan Transit. Strategi ini dibincangkan secara terperinci dalam Bab 6: Guna Tanah dan Strategi Pembangunan, ia akan mempromosikan pembangunan intensif di sepanjang rangkaian rel. Sebarang rancangan penyambungan kepada rangkaian rel hendaklah menyokong dasar ini dengan memastikan stesen-stesen rel memberi khidmat langsung kepada pusat-pusat bandar terpilih. Dasar: TT 4: DBKL akan mewujudkan Zon Perancangan Transit bagi memudahkan intensifikasi kawasan kediaman, perdagangan dan pembangunan bercampur berorientasi transit di sekitar stesenstesen rel. PENGANGKUTAN AWAM Pentadbiran Pengangkutan Awam. Tumpuan yang semakin meningkat serta peruntukan perbelanjaan yang tinggi bagi pengangkutan awam memerlukan penyelarasan dan sokongan antara jabatan-jabatan kerajaan serta agensi-agensi lain yang terlibat. DBKL akan mengambil langkah-langkah untuk membantu menjayakan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan berkaitan dengan pentadbiran pengangkutan awam. Dasar: TT 5: DBKL akan membantu menyelaras perancangan, pembangunan dan operasi pengangkutan awam dan halhal berkaitan dengan pengangkutan persendirian. b) Integrasi Pengangkutan Awam 438. Selaras dengan pelaksanaan dasar kerajaan, penekanan akan diberikan kepada penyediaan satu sistem pengangkutan awam yang bersepadu, fleksibel, pelbagai dan efisien berorientasikan kemudahsampaian dan keselesaan penumpang. Keutamaan dalam pendekatan ini ialah pengintegrasian mod-mod pengangkutan awam dengan pengangkutan persendirian. Dengan tersusunnya kemudahan pertukaran antara mod dan sistem tiket bersepadu, perjalanan penumpang akan menjadi lebih senang dan lancar. 439. Bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di jalan tempatan, kemudahan penukaran bas dan rel utama serta kemudahan letak dan naik akan disediakan di pertemuan stesen rel dan jalan-jalan utama. Lokasi-lokasi penukaran yang dicadangkan adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 10.3. Dasar: TT 6: DBKL akan membantu pelaksanaan dasar kerajaan berhubung dengan sistem pengangkutan awam bersepadu. c) Pengangkutan Awam Berasaskan Rel 440. Rangkaian rel merupakan cara yang paling efisien dalam menyediakan pengangkutan cepat berkapasiti tinggi. Rancangan jangka sederhana dan panjang bagi memperkenalkan sistem sistem rel lain seperti tram dan perkembangan rangkaian rel ke kawasan luar perlu dikaji setiap 10 tahun bagi menentukan daya kemungkinannya. 441. Kawasan pertumbuhan utama di Kuala Lumpur kini telah mempunyai hubungan yang baik dengan Pusat Bandar Raya kecuali kawasan laluan timur-barat. Cadangan laluan baru LRT Damansara- Cheras yang akan menghubungkan kawasan pertumbuhan di sebelah timur dan barat akan dikaji bersama dengan laluan-laluan baru rel yang memberi perkhidmatan ke pusat daerah, kawasan pembangunan komprehensif dan kawasan pertumbuhan. 442. Adalah juga dicadangkan supaya laluan STAR LRT dari stesen Sentul Timur disambung ke utara menghala Taman Wahyu dan ke barat menghala Kepong. Satu lagi laluan dari stesen Sri Petaling disambung ke barat bagi memberi perkhidmatan di sekitar Bukit Jalil. 443. Sambungan bagi LRT dicadangkan dari stesen KL Sentral ke cadangan pusat daerah Bukit Indah. Kelima-lima laluan baru ini akan menambahkan jarak laluan sepanjang 41.9 kilometer. Dasar: TT 7: DBKL akan membantu dalam penyediaan kajian kemungkinan bagi penyambungan masa hadapan rangkaian rel dan menyelaras pelaksanaannya dengan pihak-pihak berkuasa yang berkaitan. d) Perkhidmatan Bas 444. Bas akan kekal sebagai pengangkutan awam utama khususnya di luar Pusat Bandar Raya pada masa hadapan. Langkah-langkah akan diambil untuk memperbaiki kebolehpercayaan, liputan, keselesaan dan kesenangan perkhidmatan bas bagi meningkatkan penggunaannya. Dasar: TT 8: DBKL akan membantu menentukan langkah-langkah bagi membaiki perkhidmatan bas secara maksimum ke kawasan pertumbuhan, semua pusat pekerjaan dan perdagangan serta menyelaras dengan agensi-agensi dan pengusaha-pengusaha berkaitan. 445. DBKL akan mengambil langkah-langkah untuk mewujudkan satu rangkaian terminal bas di Kuala Lumpur bagi bas dan koc yang memberi perkhidmatan berlainan untuk peringkat antarawilayah dan dalam-wilayah. Terminal-terminal ini akan diintegrasikan dengan sistem rel di stesen pertukaran multi-modal untuk memudahkan laluan ke Pusat Bandar Raya dan kawasan lain di Bandar Raya. Terminal perkhidmatan antara-wilayah akan dibangunkan di Gombak (untuk perkhidmatan ke timur), Bandar Tasik Selatan (untuk perkhidmatan ke selatan), Jalan Ipoh (untuk perkhidmatan ke utara dan stesen di KPK Jalan Duta (untuk perkhidmatan ke barat). Terminal Hentian Putra, Pasarama Kota dan Plaza Rakyat akan dijadikan terminal perkhidmatan dalam-wilayah. Terminal untuk perkhidmatan tempatan akan dibangunkan di beberapa lokasi sesuai dalam Bandar Raya (rujuk Rajah 10.4). Dasar: TT 9: DBKL akan melaksanakan satu rangkaian terminal bagi perkhidmatan bas antara-wilayah, dalam-wilayah dan tempatan. e) Kereta dan Tempat Letak Kereta i. Keadaan Semasa 446. Dengan mengawal penyediaan dan pengagihan kemudahan meletak kereta di Kuala Lumpur, DBKL boleh membantu mengukuhkan pengangkutan awam dan objektif Pengurusan Permintaan Perjalanan dengan menjadikan pengangkutan persendirian sesuatu yang kurang menarik berbanding dengan pengangkutan awam, khususnya di Pusat Bandar Raya. Ini boleh diperkukuhkan lagi dengan mengawal kos letak kereta di kawasan yang berbeza di Bandar Raya. Dasar: TT 10: DBKL akan mengawal penawaran kemudahan tempat letak kereta. f) Teksi 447. Memandangkan peranan penting teksi dalam menghidupkan aktiviti perniagaan dan perdagangan Bandar Raya, adalah mustahak untuk meningkatkan tahap perkhidmatan dan kebolehpercayaannya. Bagi mencapai perkhidmatan pengangkutan awam secara menyeluruh, perkhidmatan teksi perlu dikembangkan dengan perkhidmatan yang inovatif dalam pasaran baru. Dasar: TT 11: DBKL akan membantu membaiki kebolehpercayaan dan penawaran perkhidmatan teksi dengan penyelarasan bersama agensi-agensi yang berkaitan 10.4.3 PENGANGKUTAN PERSENDIRIAN a) Motosikal 448. Ketika Kuala Lumpur berusaha untuk mewujudkan satu persekitaran hidup yang lebih bersih dan selamat, peranan motosikal dalam pengangkutan perlu dikaji. Pengguna motosikal merupakan peratusan yang besar yang akan menikmati faedah daripada sistem pengangkutan awam yang lebih komprehensif. Perspektif jangka masa panjang dalam pembangunan sistem pengangkutan awam akan memperlihatkan kepada menggalakkan pengguna motosikal untuk lebih menggunakan pengangkutan awam dan mengehadkan penggunaan motosikal di Pusat Bandar Raya hanya bagi pengguna-pengguna tertentu. Untuk jangka masa panjang, langkah-langkah untuk menggalakkan pengguna motosikal lebih menggunakan pengangkutan awam dan mengehadkan penggunaan motosikal di Pusat Bandar Raya hanya bagi pengguna-pengguna tertentu perlu dikaji. 449. Dalam jangka masa pendek dan sederhana, langkah-langkah akan dilaksanakan untuk meningkatkan keselamatan pengguna motosikal dan penguatkuasaan yang lebih ketat ke atas peraturan sedia ada. Dasar: TT 12: DBKL akan membantu dan menyelaras dengan agensi-agensi yang berkaitan dalam meningkatkan infrastruktur jalan bagi meningkatkan keselamatan pengguna motosikal. 10.4.4 INFRASTRUKTUR JALAN a) Pembangunan Jalan Baru 450. Sistem jalan utama sedia ada, yang sedang dibina atau komited dikira telah mencukupi untuk keperluan Kuala Lumpur sehingga tahun 2020. Walau bagaimanapun dua jalan baru dicadangkan pada dasarnya untuk memperbaiki aliran lalu lintas ke dalam dan keluar Pusat Bandar Raya. Memandangkan masalah yang dihadapi untuk meningkatkan kapasiti jalan sedia ada di Pusat Bandar Raya dan kos yang tinggi untuk mendapatkan koridor baru, maka satu lebuh raya ekspres bawah tanah dicadangkan melalui Jalan Raja Chulan menghubungkan ke Jalan Lingkaran Dalam di sebelah timur. 451. Satu jalan pintasan dalam bandar juga dicadangkan, sebahagiannya melalui bawah tanah bagi menyediakan laluan terus dari Jalan Syed Putra di sebelah selatan Pusat Bandar Raya ke Jalan Dang Wangi (rujuk Rajah10.5 dan Jadual 10.3). Dasar: TT 13: DBKL akan menentukan program pembangunan jalan dan menyelaras dengan pihak pihak berkuasa yang berkaitan mengenai pelaksanaannya. 452. Untuk keperluan masa hadapan, jika ada, pembinaan jalan-jalan baru perlu dikaji dalam konteks dasar-dasar am pengangkutan DBKL. Walau bagaimanapun, sebarang jalan baru haruslah menyokong dasar-dasar DBKL untuk menggalakkan pengangkutan awam dengan menyediakan peruntukan bagi kenderaan berpenumpang tinggi dan/atau laluan khas bas. Cadangan rizab rizab jalan ini hendaklah ditentukan dengan jelas bagi mengelakkan pencerobohan. 453. Projek-projek penswastaan bagi jalan arteri perlu mematuhi cadangan rangkaian jalan dalam pelan struktur dan pelan tempatan dan tidak dirancang secara berasingan. Dasar: TT 14: DBKL akan memastikan agar jalanjalan utama yang dicadangkan dan komited dipertimbangkan dalam konteks perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih luas, pergerakan kenderaan barangan dan kesannya terhadap masyarakat dan alam sekitar. b) Pembaikan Rangkaian Jalan Sedia Ada 454. Dalam usaha menyiapkan rangkaian jalan sedia ada, meningkatkan kapasiti dan melebarkan jalan-jalan sempit yang menyebabkan kesesakan, satu program pembaikan rangkaian jalan hendaklah dilaksanakan untuk menaik taraf jalan sedia ada ke jalan arteri, membina penyambung jalan terputus dan membaiki persimpangan (rujuk Rajah 10.5 dan Jadual 10.3). Dasar: TT 15: DBKL akan menentukan program pembaikan jalan dan menyelaras dengan pihak-pihak berkuasa yang berkaitan mengenai pelaksanaannya. b) Hierarki Jalan i. Keadaan Semasa 455. Bagi tujuan pemantauan yang berkesan dan mengoptimumkan penggunaan sistem jalan sedia ada, status sebenar semua jalan sedia ada dan sistem hierarki jalan akan disemak semula. Dasar: TT 16: DBKL melaksanakan sistem klasifikasi hierarki jalan yang telah diperbaiki. 10.4.5 PENGANGKUTAN BUKAN-MOTOR a) Pejalan Kaki 456. Dasar-dasar mengenai pejalan kaki dibincangkan di dalam Bab 14: Reka Bentuk Bandar dan Landskap. 457. Satu persekitaran mesra pejalan kaki akan diwujudkan bagi seluruh Bandar Raya denganpenekanan khusus di Pusat Bandar Raya dan pusat-pusatbandar lain. Rangkaian pejalankaki di Pusat Bandar Raya akan menitikberatkan perhubungankemudahan pengangkutan awam dan menggabungkan elemen-elemen reka bentuk bandar. Satu cadangan taman di lingkaran PRT yang merentasi taman di bahagian barat Pusat Bandar Raya akan dihubungkan ke laluan PRT sedia ada dan menjadi pelengkap kepada rangkaian pejalan kaki. 458. Perhatian khusus akan diberikan kepada kawasan di sekitar stesen tukaran pengangkutan utama bagi memastikan ia menggabungkan kemudahan-kemudahan yang membolehkannya mudah sampai kepada orang tua dan kurang upaya. Dasar: TT 17: DBKL akan menyediakan garis panduan dan piawaian bagi keperluan warga tua dan kurang upaya untuk diguna pakai pada rangkaian pejalan kaki, terminal dan stesen pengangkutan awam baru serta stesen-stesen pertukaran pelbagai mod. b)Basikal Penggunaan basikal boleh dan harus terus digalakkan sebagai satu bentuk riadah dan sebagai satu alternatif pengangkutan persendirian bagi perjalanan pendek di kawasan perumahan dan rekreasi. Dasar: TT 18: DBKL akan membaiki rangkaian laluan basikal dan mempromosikan aktiviti berbasikal di kawasan perumahan dan rekreasi. 10.4.6 PENGANGKUTAN BARANGAN Tempat letak lori yang mencukupi bagi manfaat pemilik lori barangan berat yang tinggal di Bandar Raya akan disediakan supaya mereka tidak meletakkan kenderaan di kawasan perdagangan dan perumahan. Tempattempat letak lori ini akan juga mengandungi kemudahan-kemudahan untuk koc dan kenderaan binaan. Dasar: TT 19: DBKL akan menyediakan tempat letak kenderaan dan kemudahan tambahan untuk kenderaan barangan berat, koc dan kenderaan binaan di lokasilokasi yang sesuai di pinggir Bandar Raya http://www.dbkl.gov.my/pskl2020/malay/pengangkutan/index.htm#keperluan