Sunday, 28 June 2015
PENCEMARAN UDARA
APAKAH benar ramai di antara kita tidak menghiraukan pencemaran alam di
sekeliling kita? Itulah sebabnya kebanyakan penduduk negara ini tidak
prihatin, malah tidak mengendahkan pelbagai usaha dilakukan pihak berkuasa
untuk memelihara alam sekitar.
Salahkah anggapan bahawa rakyat negara ini pada keseluruhannya tidak
dapat menghayati kehendak alam sekeliling dan sukar memahami bahawa
tindak-tanduk mereka walaupun dianggap remeh, jika dibiar berleluasa boleh
mencemari alam semula jadi.
Tidak hairanlah jika ada jiran kita sendiri terus membakar sampah di
halaman rumah, membuang sisa dapur ke dalam longkang di tepi rumah atau
membiarkan sampah-sarap di merata-rata. Kita juga amat kurang komitmen
dalam usaha mengitar semula pelbagai barang yang sudah digunakan.
Jika ada sekali pun di kalangan kita yang lebih prihatin dan menegur
jiran membakar sampah, tidak mustahil mereka ini diherdik: "Bakar sikit
saja takkan boleh mencemar keadaan sekeliling."
Bagaimana pula dengan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan termasuk,
pihak berkuasa tempatan serta sektor swasta seperti pengilang, pengusaha
dan pelbagai syarikat kecil, sederhana dan besar? Apakah semuanya prihatin
terhadap usaha memelihara alam sekeliling?
Sedihnya tidak banyak di antara pengusaha dan syarikat, mahu pun orang
ramai yang mempunyai kesedaran terhadap pentingnya persekitaran alam
dipelihara supaya tidak tercemar. Ramai seolah-olah tidak menghiraukan
kualiti kehidupan mereka sendiri hanya kerana pentingkan keuntungan jangka
pendek.
Keadaan ini amat berbeza dengan rakyat dan syarikat di negara maju yang
umumnya sedar tanggungjawab mereka terhadap persekitaran dan betapa
pentingnya memelihara kualiti kehidupan.
Tidak hairanlah di negara kita pelbagai syarikat pembuat, pengusaha,
pemaju dan sebagainya akan mematuhi peraturan memelihara alam sekitar
hanya bila ada pemantauan dan tindakan penguatkuasaan. Biasanya mereka
akan mencari jalan untuk memintas segala peraturan yang ada kerana tidak
ada kesedaran terhadap pentingnya alam sekitar tidak dicemari.
Apa tidaknya kalau dilihat daripada pelbagai tindak-tanduk pihak
berkenaan itu. Orang ramai yang mendiami tepi sungai terus menganggap
sungai sebagai tempat membuang sampah. Kilang berterusan membuang sisa
pepejal dan kimia ke dalam longkang atau sungai berdekatan. Ada juga
kilang yang membakar bahan buangan pada sebelah malam apabila tidak ada
usaha penguatkuasaan.
Pemaju pula terus memusnahkan persekitaran apabila membangunkan kawasan
perumahan dengan menggondolkan tanah daripada segala tumbuhan, tanpa
menyediakan tempat takungan supaya air hujan tidak terus mengalir ke
sungai dan boleh menyebabkan banjir.
Demikian pula penempatan haram terus diusahakan hingga ke kawasan hutan
simpan tanpa sekatan oleh mana-mana pihak berkuasa tempatan. Kilang haram
juga dibiarkan terus beroperasi mencemari kawasan persekitaran mereka
dengan membuang sisa ke dalam longkang atau sungai berhampiran.
Usaha untuk membanteras keadaan begini biasanya dihalang oleh pihak
tertentu yang berkepentingan, termasuk ahli politik yang kononnya
menganggap sebarang tindakan ke atas kilang haram itu boleh menjejas
pekerjaan ramai pengundi mereka.
Jelas sekali kesedaran dan komitmen rakyat, pihak berkuasa dan swasta
terhadap usaha memelihara alam sekitar supaya tidak terus tercemar amat
berkurangan. Apa yang perlu dilakukan kerajaan ialah berusaha memberikan
kesedaran secara berterusan kepada seluruh rakyat mengenai pentingnya
persekitaran dipelihara dan tidak dimusnahkan.
Kerana kurangnya kesedaran inilah, persekitaran terus dicemari dan
begitu banyak sungai di negara ini yang kini dilanda pencemaran amat teruk
sehingga ada yang boleh dikatakan sudah `mati' seperti Sungai Juru di
Seberang Prai, Sungai Seget di Johor Bahru dan Sungai Korok di Alor Star,
manakala banyak pula yang lainnya sudah tidak lagi dapat menampung
kehidupan ikan.
Ramai pula penduduk tidak memahami fungsi hutan paya dalam pemeliharaan
ekosistem dan sumber laut. Jadi tidak hairan sudah berapa banyak kawasan
paya bakau ditambak untuk dimajukan sebagai tapak hotel di tepi laut atau
digunakan untuk ternakan udang.
Malah bukan saja hutan simpan yang hendak dimajukan, hutan paya bakau
dan paya gambut yang menjadi sebahagian penting ekosistem turut mahu
dimajukan oleh pemaju perumahan baik di Pulau Pinang, Kedah atau Perak.
Pembangunan dengan menghapuskan hutan paya ini menjejaskan keadaan laut
dan sumber di persekitarannya. Hanya kini dengan berlakunya kemusnahan
beberapa kawasan pantai yang dipukul tsunami pada 26 Disember lalu, baru
ada kesedaran betapa pentingnya paya bakau dipelihara kerana selain
daripada fungsinya memelihara ekosistem, ia juga boleh menjadi benteng
untuk mengurangkan kesan pukulan ombak.
Di antara sungai yang teruk tercemar ialah Sungai Klang dan anak
sungainya iaitu Sungai Bunus dan Sungai Gombak yang mengalir merentasi
sebahagian besar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Akhbar ini pada 2003
pernah berusaha untuk mendapatkan sokongan pelbagai pihak kerajaan, swasta
dan orang ramai melaksanakan usaha untuk memulihara Sungai Klang melalui
beberapa siri rencana mengenainya. Malangnya, usaha itu tidak mendapat
sokongan dan keadaan Sungai Klang yang teruk tercemar sedikit pun tidak
berubah.
Sungai Klang sebenarnya boleh menjadi penyeri ibu kota dan digunakan
untuk kepentingan pelancongan seperti dilakukan di beberapa negara luar
yang berjaya membersihkan sungai yang tercemar seperti Sungai Singapura,
Sungai Thames (London), Sungai Hudson (New York) dan Sungai Rhine
(Jerman). Apa yang diperlukan ialah komitmen dan kesungguhan pihak
berkuasa untuk melakukannya.
Di Singapura misalnya, pemerintahnya bermula dengan mengenal pasti punca
pencemaran yang terdiri daripada pelbagai kegiatan di sepanjang sungai.
Dengan itu, ia menempatkan semula sekitar 26,000 keluarga yang tinggal di
sepanjang tebing sungai ke rumah pangsa yang dibina pemerintah.
Kira-kira 5,000 penjaja dipindahkan ke pusat jualan makanan, kilang yang
dikenal pasti mencemarkan sungai berkenaan, dipindahkan ke kawasan khas
perindustrian. Selain itu, lebih 200 tan sampah dikaut dari sungai,
manakala lorong pejalan kaki di sepanjang sungai diadakan. Kawasan
rekreasi juga dibina di sepanjang sungai, manakala pasir diimport untuk
dijadikan `pantai' untuk semua. Usaha ini amat berjaya dengan sungai itu
kini antara tarikan utama pelancongan.
Apakah usaha pembersihan begini tidak boleh dilakukan? Yang perlu ialah
menyediakan senarai punca pencemaran dan selepas itu tindakan dilakukan
secara tegas dan saksama. Jika ada kemahuan apa pun boleh dilakukan.
Diharapkan dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi, minggu lalu yang menghendaki sebuah konsortium diwujudkan di
kalangan swasta untuk membersihkan ke tiga-tiga sungai itu, usaha
berkenaan akan dapat dilakukan.
Sebenarnya, suatu projek pembersihan dan pemulihan Sungai Klang pernah
dilancarkan pada 1990 antara Jabatan Pengairan dan Saliran dengan
kerjasama Jabatan Alam Sekitar, Urusetia Perancangan Lembah Klang dan
Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar ketika itu.
Projek berkenaan bertujuan membersih sungai daripada kotoran sampah-
sarap dan kelodak serta memulih semula imej Sungai Klang sebagai sumber
air bagi Lembah Klang. Bagaimanapun, projek itu gagal mencapai matlamatnya
kerana kualiti airnya masih tidak dapat dipulihkan lebih-lebih lagi
daripada sisa organik, sisa kimia, sisa terampai dan sisa pepejal.
Apa pun, kini satu usaha drastik perlu dilakukan jika ketiga-tiga sungai
yang merentasi Lembah Klang itu hendak dibersihkan. Perkampungan di tebing
sungai seperti juga kilang, baik yang berlesen mahu pun yang haram harus
dipindahkan. Mereka yang degil hendaklah dikenakan tindakan.
Satu siri penerangan juga harus diberikan kepada semua supaya majoriti
akan bersimpati dengan usaha ini dan tidak lagi menganggap ketiga-tiga
sungai berkenaan sebagai saluran membuang sampah dan sisa perindustrian,
sisa pasar basah, bahan kumbahan yang tidak dirawat serta sampah-sarap
kilang.
Kerajaan Selangor sudah membuat keputusan hendak mendapatkan air dari
Pahang bagi menampung permintaan air bersih yang semakin meningkat di
kawasan Lembah Klang berikutan pengalaman pahit yang melanda kawasan itu
pada 1998 apabila bekalan air terpaksa dicatu untuk pengguna di Lembah
Klang.
Ramai pencinta alam mengharapkan dengan usaha pemulihan itu, Sungai
Klang akan dapat dijadikan sumber utama untuk menampung keperluan bekalan
air di Lembah Klang. Kerajaan Selangor dengan itu tidak lagi perlu
mendapatkan bekalan air mentah dari Sungai Pahang seperti yang dirancang.
Ini bukan saja dapat menjimatkan perbelanjaan yang mencecah lebih RM4
bilion, malah akan dapat menghindar daripada pencemaran alam sekitar
sekiranya beberapa ampangan dan terowong sejauh 44 kilometer tidak lagi
diperlukan.
SPAD YAKIN BOLEH TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AWAM SEBELUM 2020
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yakin dapat mentransformasi sepenuhnya sistem pengangkutan awam darat di negara ini menjelang 2020.
Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata SPAD sedang melaksanakan pelbagai langkah bagi menambah baik pengangkutan darat termasuk membabitkan kenderaan berat.
"Sistem pengangkutan negara kita tidak pernah diselarikan dengan kemajuan dan pembangunan negara... Bagi kami masa untuk ubah dan tambah baik kerana untuk ubah sesuatu sistem yang dah lama wujud bukan boleh siap dalam sehari," katanya kepada Bernama, di sini.
Katanya walaupun SPAD menerima banyak tentangan terhadap usaha yang dilakukan, beliau menganggap halangan itu petunjuk bahawa mereka berada di landasan yang betul.
"Sebenarnya keadaan fizikal sistem pengangkutan negara kita baik tetapi saya yakin ia mampu menjadi lebih efisien dan cemerlang sekiranya mendapat kerjasama pihak pengendali pengangkutan di luar sana untuk menjadikannya lebih cemerlang," katanya.
Sejak ditubuhkan 2010, SPAD melaksanakan beberapa pembaharuan bagi menambah baik pengangkutan awam, khususnya di Lembah Klang dan yang terkini memperkenalkan perkhidmatan bas percuma Go-KL City Bus yang mencetuskan kemarahan segelintir pengusaha teksi.
Menjawab isu itu, Syed Hamid yang mengakui ramai pemandu terasa diri mereka dianiaya dengan tindakan tersebut, berkata tanggungjawab SPAD memastikan orang awam mendapat perkhidmatan yang baik.
"Jika mereka marah dengan perkhidmatan bas percuma Go-KL, perkara itu tidak sepatutnya kerana perkhidmata cuma melibatkan dua laluan dan saya yakin jika perkhidmatan yang disediakan teksi memuaskan, penumpang termasuk pelancong akan menggunakan perkhidmatan mereka," katanya.
Perkhidmatan bas percuma itu hanya meliputi Laluan Hijau (KLCC-Bukit Bintang) sejauh 7.4 kilometer dan Laluan Ungu (Hab Pasar Seni-Bukit Bintang) sejauh 6.5 km.
Syed Hamid juga mendedahkan perkhidmatan rel iaitu komuter dan tren elektrik Keretapi Tanah Melayu Berhad paling banyak menerima rungutan orang ramai kerana sering lewat dan tidak efektif.
Perkara itu katanya sedang ditangani termasuk dengan penambahan 36 gerabak baru.
Mengenai Pekeliling SPAD berhubung had muatan lori yang dikuat kuasa 25 September lalu, Syed Hamid berkata pekeliling itu bagi memastikan menjamin keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
"Pekeliling itu untuk memastikan pengendali lori tidak terlalu tamak membawa muatan sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain serta merosakan jalan.
"Jika jalan raya rosak, untuk membaikinya menggunakan duit cukai dan ia adalah hasil kutipan cukai rakyat," katanya. – BERNAMA
sumber:http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/SPADyakinbolehtransformasipengangkutanawamsebelum2020/m/mArticle
CONTOH KARANGAN FAKTOR KEMALANGAN JALAN RAYA
] Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemalangan jalan raya saban tahun semakin meningkat dari hari ke hari. Setiap hari sama ada di kaca-kaca televisyen, di dada-dada akhbar mahupun di corong-corong radio pasti ada sahaja dipaparkan kemalangan jalan raya yang meragut nyawa manusia. [AR-A.Tanya] Murah sangatkah nyawa manusia sehingga banyak jiwa yang terkorban di jalan raya? Jika hal ini dibiarkan berterusan, sudah tentu merugikan sesebuah negara. [AA] Oleh itu,punca-punca kemalangan jalan raya perlu dikenal pasti segera sebelum isu ini menjadi lebih parah lagi. [80 pp]
Perenggan Isi 1 : Sikap Pemandu Itu Sendiri – 5 Ayat
[AP] Punca yang paling signifikan penyebab berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap pemandu itu sendiri. [AH-Mengapa?] Hal ini disebabkan pemandu bersikap mementingkan diri, tidak sabar ketika berada di jalan raya dan tidak mematuhi peraturan jalan raya. [AC] Sebagai contoh, pemandu kenderaan memandu kereta dengan laju tanpa mematuhi had laju yang dibenarkan. [AH-Kesan?] Secara tidak langsung, pemandu bukan sahaja mempertaruhkan nyawa sendiri malah nyawa pengguna jalan raya yang lain. [AP] Oleh itu, sikap berhati-hati di jalan raya dan Biar Lambat Asal Selamat akan dapat menghindarkan kemalangan maut daripada berlaku. [78 pp]
Perenggan Isi 2 : Keadaan Struktur Jalan Raya – 5 Ayat
[AP] Punca seterusnya penyebab berlakunya kemalangan jalan raya ialah Keadaan struktur jalan raya. [AH-Mengapa?] Keadaan jalan raya yang berlubang-lubang, sempit dan rata sudah pasti mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya. [AC] Sebagai contoh, jalan raya yang bengkang-bengkok, selekoh tajam akan memudahkan pemandu yang tidak biasa jalan tersebut terbabas dan terlibat dalam kemalangan jalan raya. [AH-Bagaimana?] Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengambil inisiatif segera memperbaiki struktur jalan raya yang membahayakan nyawa pengguna jalan raya.. [AP] Tegasnya sebelum Nasi Menjadi Bubur, struktur jalan raya perlu diberi keutamaan terlebih dahulu agar keselamatan pengguna-pengguna jalan raya terjamin. [86 pp]
Perenggan Isi 3 : Keadaan Kenderaan – 5 Ayat
[AP] Keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik juga menjadi punca berlakunya kemalangan jalan raya. [AH-Mengapa?] Keadaan kenderaan yang tidak diselenggara mengikut jadual yang telah ditetapkan boleh mengundang malapetaka kepada pemandunya. [AC] Sebagai contoh, brek kenderaan yang tidak berfungsi dengan baik akan menyebabkan pemandu sukar mengawal kenderaan ketika saat-saat kecemasan. [AH-Kesan?] Impaknya, pemandu akan mudah tersasar dan berlakunya kemalangan jalan raya ketika ingin menghentikan kenderaan secara kecemasan. [AP] Jelaslah, kenderaan hendaklah diselenggara dengan baik sebelum memulakan perjalanan yang jauh kerana Malang Tidak Berbau. [76 pp]
Perenggan Isi 4 : Undang-undang – 5 Ayat
[AP] Penguatkuasaan undang-undang yang lemah juga merupakan salah satu punca berlaku kemalangan jalan raya. [AH-Mengapa?] Dendaan dan kompaun sebanyak RM300 bagi kesalahan berat seperti memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat merah tidak berkesan kerana pemandu mampu bayar. [AC] Selain itu, Ops Sikap dan sekatan jalan raya hanya giat dijalankan ketika musim-musim perayaan. [AH-Kesan?] Impaknya, pemandu tidak gentar melakukan kesalahan di jalan raya kerana mereka mampu membayar denda yang dikenakan dan beranggapan operasi hanya dilakukan pada waktu-waktu tertentu sahaja. [AP] Jadi, penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas dan pemantauan di kawasan berbahaya hendaklah diambil untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan maut. [93 pp]
Kesimpulan.
[Rumusan] Semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi menangani isu kemalangan jalan raya ini. [Cadangan] Segala usaha yang dilaksanakan hendaklah berterusan dan istiqomah bukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam ataupun sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. [Pendapat] Jangan sampai sudah terhantuk, baru nak terngadah, barulah inisiatif dirangka untuk mengatasi kemalangan jalan raya. Isu kemalangan ini tidak boleh dipandang sebelah mata sahaja kerana impaknya sangat besar kepada negara terutamanya kerugian sumber tenaga yang produktif. [Harapan] Slogan Pandu Cermat Jiwa Selamat hendaklah dijadikan pedoman bagi semua pengguna jalan raya agar nyawa mereka terselamat. Ingat, jangan jadikan lebuh raya sebagai gelanggang perlumbaan mahupun pusara kerana nyawa manusia merupakan satu anugerah yang perlu dihargai
.
Sumber:http://kamarularnizam.blogspot.com/p/contoh-karangan-bahasa-melayu-a.html
PENINGKATAN KADAR KEMALANGAN JALAN RAYA BERPUNCA DARIPADA KECUAIAN PEMANDU
Dalam era pensejagatan ini kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat. Hal ini kerana dalam kehidupan yang serba pantas, kita terpaksa mengejarkan masa kerana masa adalah emas. Oleh itu, untuk mengejarkan masa kita perlu memandu dengan laju dan dengan hal ini tanpa disedari berlakunya kemalangan jalan raya. Contohnya, peristiwa kemalangan yang berlaku di Muar yang menimpa seorang rakyat Singapura baru-baru ini telah menimbulkan kesedaran kepada orang ramai terutamanya pemandu kenderaan tentang soal keselamatan. Persoalannya, adakah peningkatan kadar kemalangan jalan raya berpunca daripada kecuaian pemandu kereta?
Saya bersetuju dengan pernyataan tersebut tetapi tidak seratus peratus. Memang saya tidak menafikan bahawa peningkatan kadar kemalangan jalan raya berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan.Alasan pertama ialah kecuaian pemandu yang mahu mengejar masa dan hendak tiba di destinasi secepat mungkin. Dalam keghairahan untuk sampai di destinasi yang dituju, pemandu lazimnya tidak menggunakan isyarat sewaktu menukar laluan. Hal ini akan menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Walaupun masa itu penting, namun kita perlu memandu kenderaan dengan berhati-hati kerana kita telah mempertaruhkan nyawa orang lain dan ahli keluarga sendiri. Contohnya isu kemalangan yang berlaku di Muar mengakibatkan seluruh ahli keluarga terkorban kecuali bayi yang berumur 2 bulan. Oleh itu, setiap pemandu kenderaan diseru supaya berhati-hati di jalan raya bak pepatah, “biar lambat asal selamat”.
Alasan kedua, sikap pemandu yang tidak bertanggungjawab dan mengikut kehendak nafsunya. Pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol ataupun minuman keras akan menimbulkan risiko kemalangan.Biasanya pemandu yang memandu kenderaannya dengan keadaan mabuk akan hilang daya pertimbangan dan menyebabkan kemalangan.
Alasan ketiga, sikap pemandu yang lalai atas perbuataannya. Hal ini demikian kerana pemandu tidak memberi sepenuh perhatian ketika memandu. Pemandu ada kalanya didapati menggunakan telefon bimbit semasa memandu kenderaannya. Apa gunakan fungsi “Bluetooth” atau “earpiece”? Walaupun ada panggilan yang diterima ketika memandu, pemandu tersebut tidak semestinya dilarang menjawabnya malah pemandu boleh menjawab panggilan tersebut dengan kegunaan fungsi telefon bimbit seperti “Bluetooth” dan “earpiece”. Oleh itu, pemandu kenderaan tersebut dapat menjawab panggilan tersebut dan juga memandu kenderaan pada masa yang sama dengan dua belah tangannya dan memberi sepenuh perhatian ketika memandu.
Namun, kemalangan jalan raya bukan disebabkan kecuaian pemandu kenderaan sahaja malah ada sebab-sebab lain. Sebab pertama ialah faktor persekitaran.Contohnya, permukaan jalan raya menjadi licin pada waktu hujan. Hal ini kerana permukaan jalan raya sering dibasahi air hujan.Pada Tambah waktu hujan permukaan jalan raya menjadi licin. Keadaan ini boleh menyebabkan kemalangan jalan raya. Setiap pemandu kenderaan harus berwaspada ketika memandu ketika waktu hujan.
Sebab kedua ialah keadaan jalan raya yang agak sempit dan sesak. Buktinya dalam masa menyambut Tahun Baru Cina sebanyak 90 kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku atas sebab pemandu kenderaan ingin menuju ke satu destinasi yang berbeza tetapi menggunakan hala tujuan jalan raya yang sama. Oleh itu, setiap pemandu kenderaan diseru supaya memandu dengan teliti, terutamanya semasa musim perayaan kerana kenderaan di jalan raya semakin bertambah.
Sebab ketiga ialah lampu isyarat yang tidak berfungsi Hari demi hari, Apabila berlakunya kerosakan kepada lampu isyarat kemalangan mungkin berlaku di jalan raya. Lantaran itu ramai nyawa yang terkorban. Oleh itu, pihak perintah telah mengisytiharkan bahawa lampu isyarat harus diperbaiki dan ditukarkan dengan baru jika perlu dalam tempoh sebulan sekali, supaya dapat mengurangkan lampu isyarat yang rosak bagi mengelakkan kemalangan.
Daripada perbincangan di atas, jelaslah bahawa peningkatan kadar kemalangan jalan raya bukan sahaja berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan tetapi juga disebabkan oleh faktor persekitaran dan keadaan jalan raya yang sempit. Sebagai rakyat yang prihatin, kita perlu memandu kenderaan dengan penuh hati-hati supaya tiada lagi nyawa yang terkorban. Oleh itu, kita perlu berpegang kepada cogan kata “biar lambat asal selamat”. Dengan ini, kadar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan secara drastic
SUMBER:http://perbayudss.blogspot.com/2008/11/peningkatan-kadar-kemalangan-jalan-raya.html
SPAD UMUM KENAIKAN TAMBANG TEKSI DAN BAS EKSPRES
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini mengumumkan penetapan kadar tambang baharu bagi perkidmatan teksi akan berkuatkuasa dengan serta merta manakala bagi bas ekspres pula, bermula pada 15 Mei ini.
Menurut Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar, penetapan kadar baharu itu adalah berikutan berlakunya kenaikan kos termasuk penyelenggaraan, insurans dan kos sara hidup.
Harga tambang kini tidak lagi relevan dengan kenaikan kos-kos tersebut, katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.
Bagi teksi, kos penyelenggaraannya meningkat ke 33 peratus, manakala bagi bas ekspres sebanyak 36 peratus.
Menurutnya lagi, ramai yang mungkin tidak berpuas hati dengan keputusan ini, namun pertimbangan kadar tambang teksi dan bas tersebut perlu dilakukan bagi mengambil kira kepentingan pemandu teksi dan bas.
Beliau turut menjelaskan, dengan kenaikan tambang teksi ini, pemandu teksi boleh membeli teksi baharu bagi memberi keselesaan kepada penumpang dan memberi keselamatan yang lebih terjamin.
Syed Hamid Albar juga berkata, penetapan tersebut dilakukan selepas kali terakhir semakan kadar tambang teksi dan bas ekspres pada tahun 2009.
Bagi teksi, kadar baharu hanya tertakluk untuk perjalanan bagi Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang antara 25 sen sehingga seringgit 75 sen per kilometer.
Penetapan kadar tambang teksi baharu itu sekaligus menyaksikan peningkatan 40 peratus.
Mengambil contoh tambang teksi dari KL Sentral ke Bangsar sebelum ini RM6.50, kini ia meningkat kepada RM8.00.
Manakala tambang bagi perjalanan KL Sentral ke Petaling Jaya pula meningkat kepada RM14.30, berbanding RM10.80, sebelum ini.
Sementara itu, bagi bas ekspres pula, kenaikan untuk perjalanan seluruh negara antara RM4.60 sehingga RM11.00.
Sebelum ini, tambang bagi satu kilometer bagi perjalanan bas adalah 9.3 sen, kini ia meningkat kepada 11.4 sen menjadikan kenaikan keseluruhan sebanyak 2.1 sen.
Misalnya, tambang dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, sebelum ini RM38.50, kini meningkat ke RM47.00.
Manakala, dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru pula, RM42.80 berbanding tambang sebelum ini RM35.00.
Lain-lain kawasan yang terlibat dengan kenaikan tambang bas ini adalah Kangar, Kota Bharu, Alor Setar, Kuala Terengganu, Kuantan dan Ipoh..
Menurut SPAD, kenaikan tambang bas ini memberi jaminan pengurusan lebih baik termasuk penyelenggaraan, pemanduan cekap, pemantauan kelajuan dan kebersihan kenderaan.
sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/spad-umum-kenaikan-tambang-teksi-dan-bas-ekspres-55971?cp
Friday, 26 June 2015
PANDANGAN PENGGUNA TERHADAP MUTU PERKHIDMATAN BAS BERHENTI-HENTI DI JOHOR
Pengangkutan awam khususnya pengangkutan bas merupakan mod pengangkutan yangpaling popular di kebanyakan bandar di Malaysia amnya dan Johor bahru khususnya. Ini kerana pergerakkan penduduk yang besar dari kawasan kediaman di pinggir bandar kepusat-pusat pekerjaan dan aktiviti dalam bandar menjadikan perkhidmatan bas sangat penting. Walau bagaimanapun penawaran perkhidmatan bas yang sedia ada masih lemah dan mempunyai mutu perkhidmatan yang rendah terutama dari segi kekerapan perkhidmatan, keselesaan dan keadaan fizikal bas itusendiri yang mempengaruhi mutu perkhidmatan bas. Namun begitu tidak dinafikan bahawa kegagalan dari segi ketiadaan koordinasi dalam organisasi pengangkutan awam sama ada peringkat strategik dan tempatan serta pengusaha bas menyebabkan mutu perkhimatan bas menurun. Walaupun mutu perkhidmatan bas masih rendah tetapi kadar permintaannya terus meningkat dari setahun ke setahun. Iniberdasarkan faktor muatan penumpang dan trend permintaan semasa. Namun begitu penawaran perkhidmatan tersebut hanyalah terdiri dari mereka-mereka yang berpendapatan rendah dan tidak mampu untuk memiliki kenderaan sendiri. Faktor utama yang menyebabkan sambutan orang ramai terhadap perkhidmatan bas dingin adalah disebabkan oleh faktor keadaan perkhidmatan bas itu sendiri. Ini kerana kebanyakan penawaran yang dibuat kurang mengambilkira persepsi pengguna terhadap bentuk-bentuk perkhidmatan yang di ingini oleh mereka. Berdasarkan hasil kajian dengan mengambil kira persepsi pengguna, kelemahan-kelemahan perkhidmatan bas semasa adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti keadaan bas kotor, keadaan dalam bas sesak, keadaan dalam bas bising, tempat duduk tidak selesa, kekerapan bas yang rendah, kurangnya mengambil kira ciri-ciri keselamatan kepada pengguna, tahap kebolehsampaian yangrendah dan lain-lain faktor yang secara tidak langsung menjejaskan mutu perkhidmatan bas. Walau bagaimanapun kelemahan-kelemahan ini akan dapat diatasi sekiranya pihak yang terlibat dapat mewujudkan satu koordinasi dan memerlukan perubahan dari segi bentuk perkhidmatan bas supaya bersesuaian dengan keinginan pengguna seperti perubahan dari segi jenis bas, rekabentuk bas,keadaan tempat duduk, kecekapan perkhidmatan dan lain-lain. Oleh itu cadangan dari pengguna, pengusaha dan agensi-agensi perlu diambilkira dan disesuaikan dengan kawasan kajian supaya ianya dapat memberi keuntungan bersama. Berdasarkan kesesuaian bentuk perkhidmatan bas di kawasan kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan seperti meningkatkan tahap kekerapan perkhidmatan bas, meningkatkan tahap keselesaan pengguna bas dan memperbaiki keadaan fizikal bas. Selain daripada itu bagi memastikan perkhidmatan dan pentadbiran menjadi semakin cekap, satu badankloordinasi untuk pengangkutan awam diwujudkan. cadangan-cadangan ini merupakan cadangan dalam bentuk jangka pendek dan jangka panjang. Walau bagaimanapun cadangan-cadangan yang dikemukakan di atas perlu dilakukan seiring dengan polisi-polisi yang telah digariskanoleh pihak Berkuasa Tempatan (MPJB).
Sumber:http://ent.library.utm.my/
PERANAN PENGANGKUTAN AWAM
Ramai rakyat negara ini keliru tentang peranan pengangkutan awam termasuk para pemimpin politik baik daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang. Industri pengangkutan awam bukanlah sektor yang harus dipolitikkan oleh mana-mana pihak. Industri ini selain menjana ekonomi negara, ianya juga cerminan kepada status maju mundurnya sesebuah negara itu. Pengangkutan awam bukan sekadar menyediakan kaedah atau prasarananya akan tetapi ianya perlu kepada suatu sistem yang efisen, murah, selesa dan bersepadu. Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak turun ke stadium Bukit Jalil pada 24 Julai lalu semata-mata mahu melakukan penyerahan baucher bernilai sebanyak RM520.00 kepada pemandu teksi, ramai melihatnya sebagai usaha untuk memenangi hati pemandu teksi dalam menghadapi pilihanraya ke-13. Itulah persepsi umum dalam senario hangat menghadapi pilihanraya. Himpunan pemandu teksi di Bukit Jalil adalah ekoran daripada pertemuan antara Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemandu teksi Lembah Kelang beberapa bulan sebelumnya. Dalam pertemuan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjanjikan akan mengeluarkan banyak lagi permit teksi kepada individu (bukan syarikat), sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Saranan beliau mendapat sokongan daripada Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden Pas seperti kenyataan beliau, “Pemandu teksi perlukan permit, bukan tayar,” sebagai respons kepada program Datuk Najib di Bukit Jalil. Jelas sekali kedua-dua pihak kurang arif atau mengerti peranan sebenar pengangkutan awam dalam sesebuah negara, apa lagi peri pentingnya dalam sebuah negara maju. Pelbagai permasalahan yang dihadapi oleh pengusaha pengangkutan dalam negara ini tanpa tindakan positif pihak berwajib mungkin tidak sampai ke pengetahuan kedua-dua pemimpin ini. Pemberian baucer untuk pembelian tayar adalah bantuan jangka pendek. Apa lagi kalau diberi ‘one-off’ sahaja. Ianya tidak membantu dalam jangka panjang, jauh sekali menyelesaikan permasalahan yang berpanjangan. Akan tetapi memberi perlindungan insuran kepada pemandu teksi adalah sesuatu yang wajar dan harus dihargai. Namun demikian, bantuan ini tidak menjurus ke arah penyelesaian permasalahan pengangkutan awam yang semakin kalut sekarang ini, apa lagi mahu mewujudkan sebuah sistem pengangkutan awam yang bersepadu. Insuran Harus diingat pemandu teksi yang tidak dilindungi insuran adalah terdiri daripada pemilik permit persendirian. Manakala kebanyakan syarikat-syarikat teksi memberi perlindungan insuran percuma kepada pemandu/penyewa mereka, kecuali Socso atau KWSP. Malah ada yang memberi tayar percuma berasaskan kepada ketepatan bayaran sewa dan prestasi pemanduan yang baik dan amanah. Sesebuah negara bukan sahaja harus mementingkan kebajikan rakyatnya termasuk pemandu teksi, tetapi yang paling utama ialah urus tadbir yang cekap, amanah dan proaktif. Dalam konteks pengangkutan awam, sesebuah negara harus mempunyai sistem pengangkutan awam yang efisen, cekap dan murah. Bayangkan negara kita yang akan meraikan hari kemerdekaan yang ke-55 tahun Ogos ini, masih belum mewujudkan sebuah dasar pengangkutan negara sebagai asas membina sistem pengangkutan awam yang diyakini rakyat. Kalau negara ada dasar wanita, dasar sosial, dasar automobil negara dsb, kenapa tidak diwujudkan sebuah dasar pengangkutan sebagai pemacu kepada perkembangan industri ini? Desakan untuk mewujudkan dasar pengangkutan telah disuarakan oleh persatuan-persatuan bas, teksi dan lori semenjak 20 tahun lalu. Namun desakan atau saranan itu tidak mendapat tindak balas yang positif daripada kerajaan. Walaupun Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) diwujudkan sebagai usaha untuk memantau perkhidmatan industri ini, namun kewujudan SPAD tidak membawa perubahan yang diharap seperti dijangkakan. SPAD tidak membawa apa-apa perubahan. Pengusaha masih terpaksa berurusan dengan pelbagai agensi kerajaan dalam industri ini. Tidak kurang 13 agensi kerajaan terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam industri ini. Harapan pengusaha supaya sebuah agensi saja bertanggungjawab dalam pengendalian industri pengangkutan tidak menjadi kenyataan. Sebailknya SPAD hanya menggantikan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dengan fungsi dan cara urus tadbirnya masih kekal, tanpa perubahan. Birokrasi yang menyusahkan, kelemahan serta kepincangan urus tadbirnya masih seperti LPKP dulu. SPAD kelihatan seperti mengganti baju LPKP sahaja, tidak lebih daripada itu. Tidak ada komitmen serta iltizam yang bersungguh-sungguh daripada SPAD untuk mewujudkan sebuah dasar pengangkutan awam sebagai panduan kepada para pemain industri ini dan pihak kerajaan. Walaupun SPAD berjanji akan mengeluarkan sebuah Pelan Induk (Master Plan) pada September 2011, namun sehingga hari ini Pelan Induk itu masih belum di umumkan. Tidak pasti sama ada Pelan Induk itu sudah siap atau masih lagi dalam perancangan untuk merangkanya. Tanpa dasar pengangkutan yang sempurna maka berlakulah pelbagai karenah dan masalah dan ianya terus berpanjangan tanpa penyelesaian. Sehingga ke hari ini permasalahan ini semakin menimbun dan menjadi kalut menyebabkan terbantutnya pewujudan sistem pengangkutan awam yang cekap, sempurna, murah, selesa dan efisen. Tidak pernah wujud di negara kita suatu sistem pengangkutan awam pun, yang ada ialah kecelaruan perkhidmatan pengangkutan awam yang haru biru. Perkhidmatan bas berhenti-henti, bas ekspres, teksi bandar, kereta sewa dan yang seumpamanya semakin hari semakin menurun prestasi mereka. Beberapa buah syarikat bas berhenti-henti telahpun memberhentikan dan menutup perniagaan mereka. Di Melaka kesemua syarikat bas berhenti-henti telah menyerahkan perkhidmatan mereka kepada kerajaan negeri Melaka. Namun perkhidmatan di bawah kendalian kerajaan Melaka (Panorama) juga semakin teruk, tidak menunjukkan peningkatan perkhidmatan seperti diharapkan. Kegagalan Di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang Rapid menjalankan perkhidmatan ini, akan tetapi mutu perkhidmatannya masih jauh daripada memuaskan. Malah Rapid dan Panorama di Melaka mengalami kerugian yang bukan sedikit hasil pengendalian perkhidmatan ini. Tanpa dasar pengangkutan yang jelas maka berlakulah lambakan permit di pasaran mengikut kehendak dan kemahuan menteri yang berkuasa. Pengeluaran permit selalunya dilakukan mengikut kepentingan politik menteri berkenaan bukan kerana keperluan iaitu mengikut konsep ‘supply and demand.’ Tidak ada kajian atau penyelidikan secara menyeluruh dilakukan sebelum permit dikeluarkan. LPKP tidak pernah mewujudkan bahagian R & D, (Research & Development) sebagai badan yang membuat kajian dan penyelidikan tentang keperluan dan pembangunan pengangkutan awam. Begitu juga SPAD tidak mewujudkan R & D ini dalam organasasinya. Pengeluaran dan pemberian permit pengangkutan awam bukan seperti mengeluarkan permit kepada peniaga pasar malam dan penjual burger. Setiap pengeluaran permit pengangkutan awam mesti ada justifikasinya berdasarkan keperluan mengikut nisbah penduduk. Faktor lain ialah pertindihan laluan, pemilikan kenderaan persendirian, dasar majlis tempatan terhadap pengangkutan awam dan persendirian dan yang berkaitan dengannya. Pengeluaran permit tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya tanpa kajian; bukan berdasarkan kuasa menteri semata-mata. Sekarang ini terdapat sebanyak 30,000 buah teksi telah dilesenkan di Lembah Kelang. Jumlah ini jika dinisbahkan dengan penduduk di Lembah Kelang yang seramai lebih kurang 1.5 juta orang ada kewajarannya. Akan tetapi apabila diambil kira faktor lain seperti milikan kereta persendirian yang puratanya sebuah rumah memiliki 3 buah kenderaan, maka angka ini amat berlebihan daripada keperluan dan permintaan. Justeru kerana itu amat sukar bagi pemandu teksi mencari nafkah dalam keadaan teksi yang berlebihan daripada penumpang. Teksi bersusun Ini terbukti dengan fenomena teksi bersusun-susun menanti penumpang, tidak lagi penumpang menunggu teksi seperti 20 tahun dulu. Maka timbullah pelbagai karenah pemandu teksi yang mahu mendapat pendapatan lebih dengan memilih penumpang dan mengenakan tambang berlebihan. Sebelum LPKP ditutup, sekitar 10,000 permit teksi lagi telah dikeluarkan kepada individu. Daripada jumlah ini bukan semua permit itu dilesenkan kerana masalah pemegang permit individu yang tidak ada modal, tidak mendapat pinjaman bank kerana disenarai hitam dan ada yang mengambil jalan mudah memajakkan permit itu kepada pihak lain. Tidak kurang pula yang datang kepada syarikat-syarikat teksi minta pertolongan mengeluarkan teksi-teksi berkenaan dan kemudian memajaknya semula. Ramai pula di antara mereka ini yang tidak melunasi pinjaman/sewaan mereka kepada syarikat teksi, walaupun setelah dibantu. Amat dikesali sekali ‘sweeping statement’ oleh PM Najib mengatakan bahawa beliau tidak bersetuju dengan konsep pajakan yang mengikut beliau adalah suatu ‘penghambaan moden.’ Kenyataan ini tidak tepat sekiranya kita lihat bukti yang dipaparkan di atas. Perlu diingat syarikat teksi memerlukan modal yang besar untuk dilabur dalam industri ini selain bertanggungjawab kepada pinjaman dengan institusi kewangan. Sekiranya dilihat dari aspek penyewaan, kemungkinan sewanya amat tinggi dan berlipat ganda. Namun dalam industri ini segala kos kemungkinan seperti ‘thehidden cost’ perlu ada dalam perkiraan penyewaan kerana kebarangkalian penyewa tidak membayar sewa, membaraikan komponen teksi dan menjualkannya kepada pihak ketiga, kemalangan ‘total lost’, ‘pemandu membuat angkara seperti menggunakan teksi itu menjual dadah atau mengangkut pendatang tanpa izin, maka kerugian ini seharusnya diambil kira. Kerajaan perlu ada suatu dasar yang jelas berkaitan pemberian permit pengangkutan awam termasuk teksi. Pada suatu ketika dulu LPKP menggunakan kadar 60% untuk syarikat teksi dan 40% diperuntukkan untuk individu. Nisbah ini kemudian bertukar menjadi sebaliknya apabila pihak pembangkang menjanjikan pemberian permit kepada individu. Kelihatan ketetapannya tidak konsisten, tetapi menjadi pragmatik apabila berhadapan dengan isu dan kepentingan politik. Bukan berdasarkan kajian. Dalam konteks perkhidmatan bas berhenti-henti dan ekspres kerajaan juga mesti mempunyai dasar yang jelas. Adakah kerajaan mahu terlibat secara langsung dalam bidang pengangkutan awam atau membiarkan sahaja pihak swasta mengendalikannya. Nampaknya apa yang berlaku sekarang ialah kerajaan mahu melibatkan diri secara langsung dalam industri ini seperti mewujudkan Rapid KL, Rapid Penang, Panorama di Melaka dan juga agensi-agensi kerajaan seperti MARA yang menjadi salah satu pemain besar. Rapid KL diwujudkan setelah konsep konsortium diperkenalkan yang diketuai oleh dua konglomerat iaitu Parkmay dan Intrakota gagal dalam menjayakan konsep ini. Kedua-dua syarikat itu menanggung kerugian besar tidak sampai pun lima tahun beroperasi. Sebab utama kegagalan dua syarikat ini ialah kos pengendalian (maintenancecost) amat tinggi dan semakin meningkat hari demi hari. Harga alatganti, minyak pelicir, tayar, bateri dan sebagainya tidak dikawal oleh kerajaan. Manakala tambang bas dan teksi di bawah kawalan pihak kerajaan. Pengusaha tidak dibenarkan menaikkan tambang walau sesenpun meskipun harga barangan alatganti melonjak naik. Tidak ada keseimbangan dalam kenaikan ini. Setiap kali kenaikan harga alatganti, maka akan berlaku penghakisan keuntungan sehingga mengalami kerugian pula. Selain daripada itu pada masa yang sama LPKP mengeluarkan lagi banyak permit bas berhenti-henti di Lembah Kelang. Maka konsep ‘payung’ atau konsortium ini menemui kegagalan kerana sikap penguasa sendiri. Terbukti bukan sahaja Parkmay dan Intrakota tutup kedai kerana kerugian, malah syarikat-syarikat bas lain seperti Muar Motor Bas, Eng Hiap, beberapa syarikat bas di sebelah utara, Sarawak dan Sabah sudah gulung tikar. Salah satu sebab utama ialah lambakan permit dalam industri ini tanpa kawalan. Pengusaha sedia ada terpaksa bersaing dengan pengusaha baru dan bertindih laluan. Maka terjadilah pesaingan yang tidak sihat seperti berebut penumpang, berlumba-lumba dan melanggar peraturan. Pesaingan yang tidak sihat ini menjejaskan mutu perkhidmatan pengangkutan awam, maka berlakukan ketepatan masa dan jarak masa yang tidak menentu. Formula pengangkutan awam yang efisen ialah, “punctually + frequency = efffeciency. Effeciency melahirkan relaibility iaitu keyakinan atau kepercayaan. Tanpa perkhidmatan yang efisen maka kepercayaan orang ramai akan luntur dan menyebabkan mereka mencari kaedah pengangkutan lain seperti membeli motosikal dan kereta. Ini akan menyebabakan kekurangan penumpang menggunakan pengangkutan awam. Apa yang didambakan oleh pengusaha pengangkutan di negara ini ialah kawalan harga alatganti, minyak pelicir, tayar dan bateri dilaksanakan. Kawalan harga itu hanya dikhusukan untuk pengusaha pengangkutan awam sahaja. Atau kerajaan memberikan subsidi kepada harga alatganti ini atau kos se kilometer (cost per kilometer) seperti yang pernah dicadangkan oleh Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas SeMalaysia. Walaupun SPAD telah memberi bantuan kepada pengusaha bas berhenti-henti dalam skim terbarunya, namun bantuan itu tidak menyeluruh dan banyak birokrasinya. Ini juga merupakan bantuan jangka pendek kerana SPAD tidak mengemukakan perancangan menyeluruh penyelesaian permasalahan ini. Bantuan seperti ini, atau menaikkan tambang bukan penyelesaian sekiranya harga alatganti terus melonjak naik tanpa kawalan. Suatu tindakan yang berkesan harus diambil sebelum banyak lagi syarikat bas gulung tikar. Bayangkan Nadi Corp, sebuah syarikat bas yang terbesar di negara ini yang memiliki lebih 1000 buah bas ekspres dan berhenti-henti pun sudah tidak boleh bertahan lebih lama lagi. Kebarangkalian kebenaran dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ada syarikat-syarikat teksi mendapat permit teksi berdasarkan kroni, kemungkinan ada asasnya. Namun yang lebih parah lagi ialah syarikat-syarikat teksi bukan bumiputera memiliki lebih 1000 buah permit teksi kerana ada ‘cable.’ Ada pengusaha bukan bumiputera yang sebelumnya tidak memiliki permit telah memperolehi 500 permit selepas berurusan di ‘pintu belakang.’ Banyak lagi syarikat teksi memperolehi tambahan permit teksi antara 100-500 pada suatu ketika dulu. Pemberian permit ini dikeluarkan tanpa apa-apa pun kajian dilakukan oleh pihak berkuasa. Akibatnya banyak teksi yang tersadai tanpa sesiapa menyewanya. Untuk mendapat penyewa pada masa ini amat payah sekali. Apalagi dengan lambakan permit kepada individu akan memburukkan lagi keadaan. Rakyat perlukan suatu sistem pengangkutan awam yang bersepadu, murah, selesa dan efesien. Untuk ini sesiapa saja yang memegang tampuk kerajaan mesti berlitizam merangka dengan segera suatu sistem pengangkutan awam yang berkesan, bersepadu, selesa dan murah. Pengangkutan awam bukan hanya melibatkan LRT atau MRT, malah ianya merangkumi pelbagai kaedah seperti beca, teksi, kereta sewa, bas ekspres dan berhenti-henti termasuk bas kilang dan sekolah. Semua kaedah pengangkutan ini perlu dikaji, disusun dan dirombak bagi menenutukan peranan masing-masing dalam industri ini. Pastikan sistemnya bersepadu iaitu berinteraksi di antara satu dengan lain bagi memudahkan penumpang. Sistem ini akan mudah dilaksanakan sekiranya pihak penguasa mempunyai dasar pengangkutan awam yang jelas dan praktikal. Sekurang-kurangnya satu Pelan Induk dikemukakan sebagai projek jangka pendek. Sistem pengangkutan awam menjadi faktor utama dan menjadi kayu ukur untuk mencapai kriteria sebagai negara maju. Justeru itu lambakan permit dan pemberian tayar bukan penyelesaian, malah ianya menimbulkan lebih banyak kerumitan dan permasalahan. Oleh itu kenyataan dan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib tidak lebih daripada lemparan umpan untuk memancing undi. Rakyat perlukan pemimpin yang lebih praktikal, bukan bermain dengan retorik politik semata-mata. -------------------------------------------------------------------- Penulis merupakan Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas SeMalaysia, Presiden Persatuan Bas Negeri Melaka dan Pengusaha Syarikat teksi
Sumber: http://ow.ly/KNICZ
Thursday, 25 June 2015
HAK-HAK PENGGUNA
1. Hak untuk mendapatkan keperluan asas
Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya
2. Hak untuk mendapatkan keselamatan
Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.
3. Hak untuk mendapatkan maklumat
Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.
4. Hak untuk membuat pilihan
Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.
5. Hak untuk bersuara
Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.
6. Hak untuk mendapatkan ganti rugi
Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan’ serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.
Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.
7. Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.
8. Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.
sumber: pengangkutanawam2015.blogspot.com
LANGKAH-LANGKAH MENGGALAKKAN PENGGUNAAN PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA
Pengangkutan awam di negara kita sedang berkembang maju. Kerajaan juga telah mengadakan pelbagai langkah untuk menggalakkan orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam bagi mengatasi masalah kesesakan khususnya di kawasan bandar. Jelaskan langkah-langkah untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam
.
..........“Zaman beralih, musim bertukar”, selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun yang telah lama menghantui rakyat, Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang yang rancak sekali. Untuk menyesuaikan diri di mata dunia dan memenuhi kehendak rakyat, Malaysia telah mengalami pelbagai anjakan paradigma. Kerajaan telah berusaha menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem pengangkutan awam berjalan lancar. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita boleh dikategorikan sebagai pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), Kereta api, komuter dan monorel. Jikalau bukan kita sebagai warganegara Malaysia yang menyokong pengangkutan awam, siapakah lagi yang mesti menyokongnya? Lantaran itu, langkah-langkah yang proaktif dan drastik hendaklah diimplementasi untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam.
.
..........Menurut satu kajian yang dibuat dalam kalangan rakyat, banyak pihak mengatakan bahawa kepelbagaian sistem tiket untuk menggunakan rangkaian perkhidmatan awam yang berlainan telah mengurangkan minat mereka untuk bergerak dari tempat asal ke destinasi lain dengan penukaran rangkaian perkhidmatan awam. Oleh itu, kerajaan haruslah melaksanakan sistem tiket bersepadu dengan harga yang mampu dibeli oleh orang ramai khususnya mereka yang berpendapatan rendah supaya dapat menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam. Kerajaan haruslah menubuhkan sebuah Lembaga Pengangkutan Awam (PTA) untuk menguruskan pengangkutan awam di negara kita. Pertubuhan tersebut dapat mempercepat proses perlaksanaan sistem tiket bersepadu yang masih dalam peringkat kajian. Selain itu, kerajaan juga harus mengambil contoh pelaksanaannya di negara barat seperti di Melbourne, Australia. Di Melborune penumpang hanya perlu membeli satu tiket pada kos yang rendah untuk menaiki kereta api atau menaiki bas. Hal ini bertepatan dengan peribahasa “serampang dua mata”. Pendekataan ini bukan sahaja dapat menjimatkan wang golongan yang kurang berupaya tetapi juga dapat memudahkan rakyat untuk mengatur pejalanan laluan harian mereka. Jadi jikalau sistem tiket bersepadu ini dapat direalisasikan, jumlah penumpang pastilah dapat mencapai sasaran yang telah diramalkan oleh pengendali pengangkutan awam.
.
..........Langkah seterusnya yang dapat menarik perhatian rakyat untuk menaiki pengangkutan awam ialah meningkatkan kuantiti dan kualiti pengangkutan awam. Bilangan kereta api atau bas awam haruslah dipertingkatkan jumlahnya bagi memenuhi kehendak rakyat serta mengatasi masalah kekurangan pengangkutan awam di sesetengah kawasan yang menjadi rungutan orang ramai. Selain itu, KTM (Kereta Api Tanah Melayu) haruslah mencontohi perkhidmatan kereta api di negara Jepun yang telah menggunakan kuasa elektrik seprti shinkansen (bullet train) sehingga mencapai kelajuan melebihi 200 kilometer sejam. Dengan menggunakan lokomotif berkuasa elektrik, kekerapan KTM di negara kita pasti dapat ditingkatkan. Kekerapan pengangkutan awam adalah salah satu unsur untuk menarik perhatian penumpang terutamanya mereka yang memandu kereta atau menunggang motosikal. Dengan kekerapan perjalanan pengangkutan awam yang tinggi, penumpang tidak akan membazirkan masa untuk menunggu ketibaan pengangkutan awam tersebut. Hal ini dapat mengurangkan masa perjalanan orang ramai secara keseluruhannya. Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, kelemahan perkhidmatan dan kelewatan jadual perjalanan pengangkutan awam akan merumitkan kehidupan masyarakat dan menyebabkan mereka kurang berkeyakinan terhadap pengakutan awam di negara kita. Lantaran itu, cara ini haruslah dilaksanakan untuk mendapatkan semula keyakinan rakyat terhadap sistem perkhidmatan pengangkutan awam.
.
..........Pada masa yang sama, langkah kerajaan menggalakkan pemasangan televisyen di dalam bas ekspres mendapat banyak komen yang baik daripada orang ramai. Hal ini kerana langkah ini dapat menghiburkan rakyat dalam perjalanan mereka. Para penumpang berpeluang untuk menonton pelbagai siaran televisyen ketika berada dalam perjalanan mereka dan menjadikan perjalanan lebih menarik. Perkara ini haruslah diperluaskan dalam pengangkutan awam yang lain seperti Komuter dan LRT untuk menarik lebih banyak penumpang menaiki pengangkutan awam. Selain menghiburkan para penumpang ketika dalam perjalanan, siaran televisyen juga mampu menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat dengan menyiarkan rancangan cinta akan negara, rancangan yang mengimbas kembali detik-detik bersejarah di negara kita dan sebagainya. Kemudahan seperti alat pendingin udara juga perlu dipertingkatkan bagi menjadikan penumpang berasa lebih selesa apabila menaiki pengangkutan tersebut. Kemudahan-kemudahan sampingan seperti ini pasti akan dapat meningkatkan bilangan penumpang pengangkutan awam kerana orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti dengan banyaran yang minimum. Manisfestasinya, langkah memasang televisyen memang dapat menarik perhatian para penumpang untuk menaiki pengangkutan awam.
.
..........Bagi mengatasi masalah pekerja pengangkutan awam yang kurang berdisiplin, sistem perakam perlu dipasang di semua kenderaan awam di negara kita. Pemasangan alat perakam ini dapat merakamkan bukan sahaja perkara yang berlaku di sepanjang perjalanan malah dapat merakamkan kelajuan pengangkutan awam tersebut. Hal ini akan dapat mengurangkan masalah kenderaan awam seperti bas yang dipandu terlalu laju sehingga melebihi had yang dibenarkan. Pada masa yang sama, pemasangan alat ini dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya bas yang sering diperkatakan oleh orang ramai. Kerajaan juga perlu lebih kerap mengadakan pemeriksaan bagi memastikan pemandu pengangkutan benar-benar mereka yang berkelayakan atau bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah. Tindakan kerajaan menyenaraihitamkan pemandu yang kurang berdisiplin akan dapat mengatasi masalah pekerja pengangkutan awam yang tidak bersopan sekali gus melenyapkan pekerja yang tidak berkualiti. Pemeriksaan oleh pihak berwajib seperti Jabatan Pengangkutan Jalan atau pihak polis juga perlu menyeluruh bukan sahaja kepada kakitangan pengangkutan awam tetapi perlu juga melihat pada keadaan dan keselamatan pengangkutan awam yang digunakan bagi memastikan keselamatan pengguna pengangkutan tersebut terjamin. Dengan cara itu, keyakinan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam di negara kita akan meningkat.
.
..........Pihak pengurusan atau pengendali pengangkutan awam juga perlulah lebih peka untuk menyediakan kemudahan hiliran bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan ini. Di kawasan stesen komuter atau LRT umpamanya, tempat meletakkan kenderaan perlu ditambah bagi mengelakkan orang ramai meletak kenderaan mereka di tepi-tepi jalan atau di tempat lain yang tidak sesuai. Hal ini sentiasa menjadi rungutan orang ramai kerana bukan sahaja boleh mengakibatkan kesesakan malah pada masa yang sama turut menjadi punca berlakunya kemalangan jalan raya. Begitu juga halnya dengan pengangkutan tambahan atau “bas fider” yang dikatakan menjadi masalah kepada pengguna komuter dan LRT. Kekurangan pengangkutan bas tambahan ini telah menyukarkan pengguna pengangkutan tersebut jika kawasan stesen tersebut jauh dari pejabat. Justeru adalah penting sekiranya bas-bas tambahan ditambah bilangannya bagi memudahkan dan mempercepat perjalanan seseorang dari rumah ke destinasi yang dituju. Jarak atau lokasi pengangkutan awam seperti komuter dan LRT juga perlu ditambah dari semasa ke semasa agar lingkungan pengguna yang dapat menaiki kemudahan awam tersebut turut meningkat. Biarpun langkah ini memerlukan biaya yang agak tinggi namun kesannya pada sistem perhubungan di negara kita adalah amat besar. Oleh itu langkah-langkah menyediakan kemudahan tambahan bagi meningkatkan kualiti pengangkutan awam tersebut perlu dilaksanakan agar pengangkutan awam di negara kita tidak dianggap “indah khabar dari rupa”.
.
..........Seperti kata peribahasa Melayu yang berbunyi “melentur buluh biarlah dari rebungnya”, pendidikan sejak kecil juga merupakan salah satu langkah untuk menggalakkan rakyat tempatan menaiki pengangkutan awam. Pihak sekolah dicadangkan supaya memberi penerangan tentang kebaikan-kebaikan menggunakan perkhidmatan awam dan keselamatan menggunakan pengangkutan awam supaya dapat menanam konsep yang mendalam kepada fikiran pelajar agar menaiki perkhidmatan awam. Usaha ini bukan sahaja perlu ditumpukan kepada para pelajar, tetapi harus juga diperluas kepada mereka yang dewasa untuk mengubah imej dalam hati mereka apabila menaiki pengangkutan awam. Melalui pendidikan, kita dapat melahirkan golongan yang bergantung pada perkhidmatan awam seperti kereta api dan bas sebagai pengangkutan utama mereka.Hal ini dapat meningkatkan bilangan penumpang untuk menaiki pengangkutan awam. Walaupun mereka memiliki kendera sendiri, tetapi mereka tetap akan menggunakan perkhidmatan awam sebagai pengangkutan utama mereka jika konsep kebaikan menggunakan pengangkutan awam tertanam dalam jiwa mereka.
.
..........Kesimpulannya, pengangkutan awam banyak membawa kemaslahatan kepada masyarakat di negara kita seperti dapat mengurangkan kesesakan dan kemalangan, mengurangkan pencemaran udara, menjimatkankan masa malah mengurangkan kos kehidupan kita sehari-hari. Oleh itu, sebagai pengguna jalan raya yang bijak, kita perlulah menyahut seruan kerajaan agar menggunakan pengangkutan awam sebagai kaedah untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Kita juga berharap agar dengan langkah-langkah yang telah dan sedang dilaksanakan ini maka pengangkutan awam di negara kita akan menjadi lebih maju setanding dengan pengangkutan awam di negara-negara lain seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Australia.
sumberhttp://klikbm.blogspot.com
KARANGAN TENTANG ISU SEMASA PENGANGKUTAN AWAM
Rangkaian pengangkutan awam di negara kita meliputi pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT) dan monorel. Memang sudah ada banyak usaha yang dilakukan untuk menyatukan semua perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh lagi. Oleh itu, pelbagai kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam negara kita harus difahami untuk menangani masalah yang sudah berlanjutan agak lama ini.
Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem pengangkutan awam kita ialah harganya yang mahal. Kadar tambang terutama teksi dan LRT dianggap oleh masyarakat sebagai agak mahal untuk mereka gunakan dengan kerap sistem pengangkutan itu. Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam terutama LRT agak kurang dan tidak menyeluruh seperti mereka hanya menggunakan pengangkutan awam hanya untuk ke pejabat sahaja. Jadi, kemelut utama ini harus diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu melihat rakyat negara ini berduyun-duyun menggunakan LRT.
Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan sistem pengangkutan awam yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutama bas tidak boleh diharap terutama jadual perjalanannya yang menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Masalah penjagaan bas, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori ini kerana penyelenggaraan yang tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja menyampah melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadualnya tetapi juga kegagalan mereka untuk menjaga tahap kualiti perkhidmatan pengangkutan awam mereka.
Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan menghadapi masalah untuk menukar sistem pengangkutan. Contohnya, antara monorel dengan LRT atau antara bas dengan monorel. Keadaan ini menyebabkan penjalanan penumpang terganggu kerana terpaksa beratur untuk membeli tiket sebelum menaiki pengangkutan awam yang lain pula.
Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, sudah pasti keadaan ini dianggap merumitkan kehidupan masyarakat. Maka, satu sistem tiket yang bersepadu harus dihasilkan oleh kerajaan dengan segera sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan.
Malah, pengangkutan awam turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja mereka seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika memandu. Sering kali masyarakat mengadu kerakusan pemandu pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan oleh meningkatkan kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap tidak prihatin mereka ini telah memberi satu imej negatif kepada semua pekerja yang bekerja dalam sistem pengangkutan awam negara. Sesungguhnya, semua pekerja pengangkutan awam harus diberi satu kursus untuk memastikan mereka lebih mesra pelanggan dan bukannya dibenci oleh pelanggan.
Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam ini memang banyak tetapi rumit untuk diselesaikan. Ketika masyarakat semakin gusar dengan mutu perkhidmatan pengangkutan awam, pihak kerajaan harus membuat tindakan drastik menangani isu ini. Mungkin sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas bagi mengatasi kemelut ini.
About these ads
sumberhttps://mindabahasa.wordpress.com
KELEBIHAN PENGGUNAAN LRT DI BANDAR BESAR
Antara kelebihan atau kebaikan penggunaan pengangkutan LRT di bandar besar ialah :
1. Jimat masa / cepat.
Pengangkutan LRT dapat menjimatkan masa kerana kelajuannya berbanding pengangkutan awam lain. Contohnya, Bullet Train di Tokyo, Jepun bergerak selaju 200 km/jam.
2. Cekap / tepat masa.
Sistem pengangkutan LRT juga berjadual. Sudah tentu sistem pengangkutan LRT ini lebih cekap berbanding pengangkutan awam lain yang tiada jadual tetap. Oleh sebab itu, perkhidmatan LRT ini lebih efisien/cekap dan menjadi pilihan orang ramai di bandar-bandar besar. Mereka tidak perlu membazirkan masa menunggu LRT, tidak seperti pengangkutan bas yang tidak tentu masa ketibaannya!
3. Selesa.
Berbanding dengan pengangkutan awam lain, pengangkutan LRT lebih selesa kerana berhawa dingin dan kerusi penumpangnya juga berkhusyen. Laluan untuk penumpang berdiri juga lebih luas dan disediakan tempat pemegang yang selesa.
4. Kurang pencemaran udara / Guna elektrik.
Pengangkutan LRT juga merupakan pengangkutan yang mesra alam. Pengangkutan LRT ini digerakkan dengan tenaga elektrik. Oleh itu, tiada pencemaran udara. Berbanding dengan pengangkutan awam lain seperti bas berlaku pencemaran udara kerana asap hitam yang dibebaskan oleh ekzosnya.
5. Ramai penumpang.
Pengangkutan LRT juga boleh membawa penumpang yang ramai pada sesuatu masa. Gerabak penumpangnya lebih besar berbanding sebuah bas! Sudah tentu pengangkutan LRT boleh membawa ramai penumpang dalam satu-satu trip perjalanannya.
6. Jimat guna tanah.
Nilai tanah di bandar besar amatlah tinggi. Namun pembinaan landasan LRT di ruang atas (landasan atas) dapat menjimatkan penggunaan tanah di Kuala Lumpur. Manakala di Tokyo, Jepun, landasan LRTnya di bina di bawah tanah menggunakan terowong kerana negara Jepun ini kekurangan tanah pamah dan bentuk muka buminya juga bergunung ganang dan berpulau.
7. Kurang kesesakan jalan raya / lalu lintas.
Salah satu tujuan pembinaan pengangkutan LRT di bandar besar ialah untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. Kesesakan lalu lintas di jalan raya dapat diatasi terutama pada waktu puncak iaitu pada jam 8 pagi dan 5 petang. Kebanyakan pekerja menggunakan perkhidmatan LRT untuk pergi dan pulang dari tempat kerja.
8. Tarikan pelancong.
Oleh kerana perkhidmatan LRT ini hanya terdapat di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Tokyo di Jepun, ramai pelancong ingin mencuba perkhidmatan ini. Perkhidmatan ini telah menjadi tarikan pelancong sama ada pelancong dalam negara atau pun pelancong luar negara.
9. Mobiliti buruh.
Majoriti pengguna LRT merupakan golongan pekerja. Secara tidak langsung perkhidmatan LRT ini telah meningkatkan mobiliti buruh dari seluruh pelusuk bandar besar untuk menggunakannya.
Sumber:http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/
KESAN SISTEM JARINGAN
Sudah menjadi kebiasaan setiap hari penduduk bandar akan memandu ke tempat kerja. Keadaan ini menyebabkan bandar besar, seperti Kuala Lumpur, mengalami kesesakan trafik dan masalah pencemaran udara. Berbasikal adalah cara yang baik untuk masyarakat dalam usaha pengurangan pelepasan karbon. Tidak dapat dinafikan berbasikal merupakan pengangkutan yang paling murah dan dianggap sebagai pilihan mesra alam kerana tiada pencemaran bunyi bising, tiada bau asap yang tidak menyenangkan dan mudah digunakan. Bandar-bandar yang mempunyai budaya berbasikal yang tinggi mempunyai infrastruktur yang baik bagi memenuhi keperluan pengguna basikal seperti lorong basikal yang sistematik, rak basikal yang mencukupi dan rangkaian sistem pengangkutan yang berkesan.
2. Di Malaysia, adalah dialu-alukan bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur berusaha ke arah mesra berbasikal supaya dapat mengurangkan kenderaan di jalan raya. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor seperti cuaca yang panas dan lembap dan sikap rakyat menjadi penghalang kepada amalan berbasikal.
3. Kerajaan perlu meningkatkan kualiti pengangkutan awam di Malaysia dengan mewujudkan pasukan pengurusan yang mantap dan dinamik Kerajaan perlu memperbanyak pengangkutan awam bagi menampung permintaan pengguna yang tinggi terutama di bandar- bandar utama Kerajaan perlu menyediakan sistem pengangkutan awam yang tidak memerlukan masyarakat bertukar rangkaian pengangkutan awam beberapa kali untuk sampai ke destinasi Kerajaan perlu memikirkan cara yang mudah untuk masyarakat membeli tiket pengangkutan awam seperti menyediakan sistem membeli tiket secara berpepadu Kerajaan perlu menetapkan harga tiket yang murah atau mampu dibeli oleh pengguna supaya tidak membebankan pengguna terutama yang berpendapatan rendah
4. Sistem Pengangkutan Awam Darat (SPAD) perlu membuat kajian secara menyeluruh tentang permasalahan yang dialami oleh pengguna pengangkutan awam bagi meningkatkan perkhidmatan sistem pengangkutan awam Pengusaha pengangkutan awam perlu memastikan jadual kekerapan perjalanan dan masa ketibaan menepati jadual yang dirancang supaya pengguna tidak membazirkan masa mereka Pengusaha pengangkutan awam perlu meningkatkan kualiti perkhidmatansyarikat kenderaan mereka dengan meletakkan televisyen dan radio supaya pengguna tidak berasa bosan apabila menaiki kenderaan mereka Pengusaha pengangkutan awam perlu memasang sistem perakam kamera pada kenderaan masing-masing untuk merakam pemandu yang tidak berdisiplin dan melanggar peraturan jalan raya Pengusaha pengangkutan awam perlu memikirkan kemudahan pengguna meletakkan kenderaan mereka sebelum menggunakan pengangkutan awam supaya tidak mengganggu lalu lintas sehingga boleh menyebabkan lalu lintas
5. Pengusaha pengangkutan awam perlu memastikan keselamatan kenderaan yang ditinggalkan oleh pengguna yang menggunakan pengangkutan awam mereka untuk memberi keyakinan kepada pengguna terhadap pengangkutan awam Media massa perlu menguar-uarkan kempen menggunakan pengangkutan awam di Malaysia untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas Masyarakat perlu menyahut saranan kerajaan supaya menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja bagi mengelakkan pertambahan kenderaan di atas jalan raya sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas terutama pada waktu puncak Pihak sekolah perlu memberi penerangan kepada pelajar-pelajar tentang kepentingan menggunakan pengangkutan awam seperti dapat mengelakkan kemalangan jalan raya, dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas dan dapat mengurangkan pencemaran udara melalui pembebasan asap daripada kenderaan
6. Amphicoach adalah sebuah kenderaan berbentuk bas yang boleh jalan sama ada di atas darat atau di atas air. Kenderaan ini dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas kerana boleh menggunakan jalan air. Kenderaan ini juga mempunyai 50 tempat duduk dan telah digunakan di Budapest, Hungary.
7. Menggalakkan penggunaan petrol tanpa plumbum dan memasang alat catalytic converter pada enjin kenderaan untuk mengurangkan pengeluaran asap. Di Kuala Lumpur, penggunaan kereta api elektrik seperti LRT, ERL, Komuter dan Monorel berjaya mengurangkan pencemaran udara. Ini kerana kereta api elektrik ini merupakan sistem pengangkutan yang bersifat mesra alam sebab tidak mengeluarkan asap hitam!
8. Kerajaan perlulah bertindak tegas dengan mengenakan denda atau kompaun terhadap: i) Syarikat kenderaan dan pemandu yang mengeluarkan asap yang berlebihan. ii) Kenderaan yang mengeluarkan bunyi yang terlalu kuat sehingga mengganggu persekitaran.
9. i) Mewajibkan setiap kenderaan diservis mengikut jangka masa yang ditetapkan.
10. Sebagai masyarakat yang prihatin, kita perlulah mengambil berat tentang alam sekitar. Kita juga perlu bekerjasama untuk mengelakkan sebarang pencemaran berlaku di dunia ini. Kita boleh mengelakkan pencemaran dengan mewujudkan langkah pengangkutan lestari.
Sumber: www.slideshare.net/aisheterulara/kesan-sistem-jaringan
PANDANGAN PENGGUNA TERHADAP MUTU PERKHIDMATAN BAS BERHENTI-HENTI DI JOHOR BAHARU
Pengangkutan awam khususnya pengangkutan bas merupakan mod pengangkutan yangpaling popular di kebanyakan bandar di Malaysia amnya dan Johor bahru khususnya. Ini kerana pergerakkan penduduk yang besar dari kawasan kediaman di pinggir bandar kepusat-pusat pekerjaan dan aktiviti dalam bandar menjadikan perkhidmatan bas sangat penting. Walau bagaimanapun penawaran perkhidmatan bas yang sedia ada masih lemah dan mempunyai mutu perkhidmatan yang rendah terutama dari segi kekerapan perkhidmatan, keselesaan dan keadaan fizikal bas itusendiri yang mempengaruhi mutu perkhidmatan bas. Namun begitu tidak dinafikan bahawa kegagalan dari segi ketiadaan koordinasi dalam organisasi pengangkutan awam sama ada peringkat strategik dan tempatan serta pengusaha bas menyebabkan mutu perkhimatan bas menurun. Walaupun mutu perkhidmatan bas masih rendah tetapi kadar permintaannya terus meningkat dari setahun ke setahun. Iniberdasarkan faktor muatan penumpang dan trend permintaan semasa. Namun begitu penawaran perkhidmatan tersebut hanyalah terdiri dari mereka-mereka yang berpendapatan rendah dan tidak mampu untuk memiliki kenderaan sendiri. Faktor utama yang menyebabkan sambutan orang ramai terhadap perkhidmatan bas dingin adalah disebabkan oleh faktor keadaan perkhidmatan bas itu sendiri. Ini kerana kebanyakan penawaran yang dibuat kurang mengambilkira persepsi pengguna terhadap bentuk-bentuk perkhidmatan yang di ingini oleh mereka. Berdasarkan hasil kajian dengan mengambil kira persepsi pengguna, kelemahan-kelemahan perkhidmatan bas semasa adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti keadaan bas kotor, keadaan dalam bas sesak, keadaan dalam bas bising, tempat duduk tidak selesa, kekerapan bas yang rendah, kurangnya mengambil kira ciri-ciri keselamatan kepada pengguna, tahap kebolehsampaian yangrendah dan lain-lain faktor yang secara tidak langsung menjejaskan mutu perkhidmatan bas. Walau bagaimanapun kelemahan-kelemahan ini akan dapat diatasi sekiranya pihak yang terlibat dapat mewujudkan satu koordinasi dan memerlukan perubahan dari segi bentuk perkhidmatan bas supaya bersesuaian dengan keinginan pengguna seperti perubahan dari segi jenis bas, rekabentuk bas,keadaan tempat duduk, kecekapan perkhidmatan dan lain-lain. Oleh itu cadangan dari pengguna, pengusaha dan agensi-agensi perlu diambilkira dan disesuaikan dengan kawasan kajian supaya ianya dapat memberi keuntungan bersama. Berdasarkan kesesuaian bentuk perkhidmatan bas di kawasan kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan seperti meningkatkan tahap kekerapan perkhidmatan bas, meningkatkan tahap keselesaan pengguna bas dan memperbaiki keadaan fizikal bas. Selain daripada itu bagi memastikan perkhidmatan dan pentadbiran menjadi semakin cekap, satu badankloordinasi untuk pengangkutan awam diwujudkan. cadangan-cadangan ini merupakan cadangan dalam bentuk jangka pendek dan jangka panjang. Walau bagaimanapun cadangan-cadangan yang dikemukakan di atas perlu dilakukan seiring dengan polisi-polisi yang telah digariskanoleh pihak Berkuasa Tempatan (MPJB).
Sumber:http://ent.library.utm.my/
Wednesday, 24 June 2015
KEPENTINGAN PENGANGKUTAN AWAM
Era globalisasi ini, penggunaan kemudahan pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas, menjimatkan wang dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita. Hal ini demikian kerana penggunaan kemudahan pengangkutan awam ini telah mendapat perhatian dan menarik minat pengguna jalan raya di negara ini. Pengguna jalan raya menggunakan alternetif ini bagi memudahkan mereka menuju ke destinasi masing-masing. Lantaran itu, mereka telah memilih pelbagai pengangkutan awam seperti bas, LRT, monorel dan kereta api sebagai pengangkutan utama mereka. Oleh itu, pertumbuhan pengangkutan awam ini telah meningkat dengan mendadak seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Persoalannya, apakah kepentingan yang dapat diperoleh melalui kemudahan pengangkutan awam ini?
Kepentingan perdana menggunakan kemudahan pengangkutan awam ialah kita dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Kesesakan lalu lintas berlaku kerana rata-rata rakyat Malaysia lebih berminat menggunakan kenderaan sendiri berbanding menggunakan pengangkutan awam. Oleh sebab rakyat Malaysia yang bersikap hidung tinggi dan malu untuk menaiki kenderaan awam mengakibatkan jumlah kenderaan di seluruh negara didapati meningkat hampir dua kali ganda sejak tahun 1980. Oleh sebab itu, kesesakan lalu lintas sering berlaku di negara kita,terutama sekali di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Kota Bharu,dan sebagainya. Dengan menggunakan kemudahan pengangkutan awam seperti bas, teksi, monorel akan mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya, sekali gus dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas. Sebagai contoh, masyarakat di negara matahari terbit iaitu Jepun, mereka lebih suka menggunakan pengangkutan awam untuk melakukan kegiatan harian mereka, oleh itu di negara Jepun tidak berlaku kesesakan lalu lintas walaupun negara Jepun mempunyai penduduk yang ramai. Seandainya rakyat Malaysia menggunakan pengangkutan awam sebagai rutin harian, nescaya kesesakan lalu lintas dapat dielakkan. Oleh itu, pihak pengusaha pengangkutan awam perlu menyediakan pengangkutan yang selesa supaya dapat menarik minat para penumpang agar rakyat Malaysia tidak berasa sangsi untuk menggunakan pengangkutan awam dan kesesakan lalu lintas dapat diatasi. Jelaslah bahawa penggunaan kemudahan pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di negara ini.
Selain itu, penggunaan pengangkutan awam juga mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana, amaun kenderaan yang menyusur di jalan raya berkurang dan sekali gus dapat mengalicaukan kenderaan daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk terutamanya di ibu kota. Sebagai pengguna yang peka dan sensitif terhadap keadaan semasa, kita haruslah sedar bahawa, penggunaan kenderaan persendirian yang bertali arus dapat mengundang risiko yang tinggi untuk berlaku kemalangan. Sekiranya, semua rakyat Malaysia memprioritikan pengangkutan awam, sudah tentu statistik kemalangan jalan raya akan menurun dan secara tidak langsung juga negara tidak akan mengalami kerugian dari segi infrastruktur dan modal insan. Sebenarnya, kadar kemalangan jalan raya meningkat secara mendadak pada musim perayaan dan pada waktu puncak kerana pada ketika itu bilangan kenderaan di jalan raya juga meningkat. Jadi semolek-moleknya, jika kita ingin pulang ke kampung pada musim perayaan kita wajarlah menggunakan perkhidmatan awam yang terdapat dalam negara kita sebagai contoh bas, kereta api dan kapal terbang. Oleh itu, penggunaan pengangkutan awam akan dapat mengelakkan seseorang daripada menjadi mangsa nahas kemalangan jalan raya yang keseterusnya. Kita harus ingat bahawa malang tidak berbau jadi kita perlulah beringat sebelum terkena.
Seterusnya, penggunaan kemudahan pengangkutan awam juga dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara kita. Untuk menuju ke destinasi, masyarakat yang berbilang kaum di negara kita akan berpusu-pusu menaiki pengangkutan awam untuk menuju ke destinasi. Situasi sedemikian sedikit sebanyak dapat menyimpul tali silaturahim antara komuniti Melayu, Cina, India dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila kita menaiki sesebuah pengangkutan awam khususnya monorel sudah semestinya kita akan berinteraksi dengan individu-individu di sekeliling kita. Seandainya kita menggunakan inisiatif ini secara konsisten, sudah tentu satu ikatan yang erat dapat dijalinkan sekali gus merealisasikan slogan 1Malaysia yang berteraskan satu jiwa satu bangsa. Tegasnya, penggunaan kemudahan pengangkutan awam dapat memupuk perpaduan yang jitu dalam kalangan masyarakat Malaysia yang akan membawa kepada pembentukan sebuah negara yang aman dan sentosa ibarat ‘air dalam talam.’
Tambahan pula,penggunaan kemudahan awam dapat merealisasikan persekitaran yang mesra alam selari dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan sebuah negara yang bebas daripada pencemaran.Hal ini dikatakan demikian kerana gas karbon monoksida yang dilepaskan daripada asap kenderaan dapat dikurangkan ekoran berkurangnya jumlah kenderaan di jalan raya.Sebagai contoh,pembebasan asap daripada kenderaan akan mendatangkan pelbagai impak negative terutama kepada kesihatan manusia dan alam sekitar.Dalam konteks ini,asap yang dikeluarkan oleh kenderaan akan menipiskan lapisan ozon dan memaksimumkan tahap pencemaran kualiti udara.Pencemaran udara ini diibaratkanseperti duri dalam daging kepada alam sekitar dan kesihatan manusia.Jika masyarakat menyahut seruan kerajaan untuk menggunakan kemudahan pengangkutan awam,maka tahap pencemaran alam sekitar dapat diminimumkan sekali gus dapat melestarikan persekitaran yang bersih dan indah.Sudah terang lagi bersuluh,penggunaan kemudahan pengangkutan awam dapat merealisasikan persekitaran yang mesra alam.
Tuntasnya, penggunaan perkhidmatan awam di Malaysia menyumbang banyak manfaat dan kelebihan kepada kita semua. Dunia serba moden era ini memerlukan masyarakat yang berdaya saing dalam segala hal. Kerajaan juga hendaklah menaiktaraf perkhidmatan awam di Malaysia agar setanding dengan negara maju yang lain bak kata pepatah “Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah”. Oleh itu, masyarakat Malaysia diseru supaya bersama-sama menggunakan pengangkutan awam agar hasrat kerajaan untuk memajukan negara tidak tinggal impian semata-mata seiring dengan wawasan 2020.
SUMBERhttp://nassmkt.blogspot.com/
FAEDAH-FAEDAH PENGANGKUTAN AWAM
ISU - PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA
Tugasan - faedah-faedah pengangkutan awam di Malaysia
Idea
dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas terutama di bandar-bandar besar
dapat mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya
dapat mengurangkan pencemaran udara akibat asap kenderaan
dapat mengurangkan kemalangan jalan raya
dapat menjimatkan kos hidup kesan daripada kenaikan harga minyak
dapat menjimatkan masa akibat terperangkap dalam kesesakan jalan raya
dapat sampai ke destinasi dengan cepat dan selamat
dapat menarik pelancong asing datang ke Malaysia
Tugasan - langkah-langkah meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam
Idea
kerajaan perlu memperbanyakkan pengangkutan awam untuk menampung permintaan pengguna yang semakin bertambah
kerajaan perlu memastikan mutu perkhidmatan pengangkutan awam sentiasa terbaik dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa
pengusaha pengangkutan awam perlu berdisiplin dan bertanggungjawab dengan tidak mengenakan tambang sesuka hati
penguatkuasaan undang-undang perlu lebih ketat untuk memastikan pemandu teksi di ibu kota tidak mengambil kesempatan terhadap pelancong asing
pengusaha pengangkutan awam perlu memastikan masa dipatuhi untuk mengelakkan pengguna lambat sampai ke destinasi
kerajaan hendaklah memastikan pengangkutan awam yang disediakan adalah selesa dan tidak membahayakan pengguna
kerajaan perlu mewajibkan pengusaha pengangkutan awam sentiasa membuat pemeriksaan terhadap kenderaan masing-masing secara berkala
kerajaan perlu memastikan pemandu penggangkutan awam berhemat ketika memandu untuk memastikan keselamatan penumpang
pemandu pengangkutan awam hendaklah mesra dengan pelanggan mereka
SUMBERhttp://blogcikguazaman.blogspot.com/
KESAN PERLAKSANAAN SISTEM PENGANGKUTAN AWAM DARAT DI MALAYSIA
Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan jutaan ringgit untuk meningkatkan mutu sistem pengangkutan awam darat. Pengangkutan awam ini merangkumi bas, kereta api transit, dan teksi. Pelbagai langkah telah diambil untuk menambah baik sistem ini termasuklah menambah bilangan bas dan membina aliran kereta api transit. Pelaksanaan sistem ini sememangnya memberikan kesan kepada masyarakat dan negara.
Pelaksanaan sistem pengangkutan awam darat dapat memudahkan masyarakat kerana dapat mengurangkan masalah kesesakan jalan raya. Masalah ini sering berlaku di bandar-bandar utama yang sibuk seperti Kuala Lumpur dan Putrajaya. Punca utamanya ialah jumlah penggunaan kereta sendiri yang banyak di jalan raya. Sebagai contohnya, penggunaan kemudahan pengangkutan awam adalah sedikit jika dibandingkan dengan penggunaan kereta sendiri. Kesedaran penggunaan pengangkutan awam haruslah dipupuk sejak kecil lagi. Apabila semakin ramai pengguna menggunakan sistem pengangkutan ini, maka masalah kesesakan jalan raya dapat dikurangkan. Hakikatnya, pelaksanaan sistem pengangkutan awam darat dapat mengurangkan masalah kesesakan jalan raya.
Seterusnya, ekonomi dan produktiviti negara dapat dijana merupakan satu daripada kesan pelaksanaan sistem pengangkutan awam. Hal ini dapat dilihat apabila para pekerja menggunakan pengangkutan awam ini. Melalui penggunaan pengangkutan awam, sudah tentu kerajaan mendapat keuntungan dan hasilnya, kerajaan akan membangunkan negara ini dengan menambah prasarana dan menambah baik pengangkutan awam yang sedia ada. Sebagai contoh, pekerja kilang atau pejabat dapat sampai ke tempat kerja dengan awal. Hal ini kerana ketepatan masa dan pembaziran masa tidak berlaku. Pekerja juga akan bersemangat ketika bekerja. Jelaslah bahawa ekonomi dan produktiviti negara dapat dijana melalui pelaksanaan sistem ini.
Berikutnya, pencemaran udara di Malaysia dapat diminimumkan natijah daripada pelaksanaan sistem ini. Kini, kita sering mendengar bahawa pencemaran udara menjadi penyebab utama masalah kesihatan seperti asma, batuk, selsema dan lain-lain. Selain daripada pembakaran terbuka, asap kenderaan adalah faktor penyumbang kepada pencemaran udara. Sebagai contohnya, udara yang tercemar mengandungi karbon monoksida dan sulfur dioksida yang boleh menyebabkan taraf kesihatan penduduk merosot. Oleh itu, penggunaan kereta sendiri haruslah dikurangkan. Masyarakat perlulah cakna menggunakan pengangkutan awam dalam kehidupan seharian kerana dapat mengurangkan penggunaan kereta sendiri. Secara amnya, pelaksanaan sistem ini mampu meminimumkan pencemaran udara di Malaysia.
Selanjutnya, kesan pelaksanaan sistem pengangkutan awam darat adalah lebih mesra alam dan mesra pengguna. Hal ini sangat penting bagi menjamin kepercayaan dan kesetiaan terhadap penggunaan pengangkutan awam. Dalam era yang penuh kesibukan ini, pengangkutan awam sememangnya menjadi pilihan rakyat yang bekerjaya. Pengangkutan awam adalah mesra alam kerana menggunakan tenaga elektrik untuk beroperasi seperti transit aliran ringan (LRT). Pengangkutan awam juga mesra pengguna kerana pengguna tidak perlu memandu. Pengguna hanya perlu duduk dan boleh melakukan perkara lain seperti membaca buku, makan dan sebagainya. Tuntasnya, pengangkutan awam adalah lebih mesra alam dan pengguna.
Selain itu, pelaksanaan sistem ini memberikan kesan iaitu mampu memberikan keselesaan kepada para pengguna pengangkutan awam. Pengguna yang berasa selesa menggunakan pengangkutan awam akan menggunakannya pada masa hadapan. Keselesaan yang dimaksudkan ialah tempat duduk dalam kenderaan awam yang banyak, penggunaan penghawa dingin dalam pengangkutan awam, ruang menunggu yang selesa seperti di terminal LRT dan sebagainya. Sebagai contoh, kita akan lebih suka memilih perkhidmatan yang selesa berbanding yang sebaliknya. Oleh itu, transformasi sistem pengangkutan awam yang dilakukan sememangnya akan menarik lebih ramai lagi orang awam untuk menggunakannya. Tuntasnya, pelaksanaan sistem ini sememangnya memberikan kesan.
Akhir sekali, pelaksanaan sistem ini menjadikan negara kita mempunyai bandar-bandar yang selesa dan sesuai untuk didiami. Hal ini demikian kerana mempunyai sistem pengangkutan yang mudah. Sistem pengangkutan awam darat ini mampu menghubungkan penduduk bandar dengan luar bandar sekaligus memajukan kawasan luar bandar. Sebagai contohnya, penduduk luar bandar yang ingin ke bandar atas urusan pekerjaan boleh berulang-alik ke kampung halaman tanpa halangan. Kemudahan ini sememangnya menjadikan Malaysia unik kerana penduduk luar bandar tidak dipinggirkan dari pembangunan negara. Jelaslah bahawa pelaksanaan sistem pengangkutan awam darat memberikan kesan kepada masyarakat.
Keseluruhannya, semua pihak haruslah berganding bahu dalam menjadikan sistem pengangkutan awam darat menjadi pilihan utama. Segala penambahbaikan seperti menyediakan kawasan khas untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) adalah digalakkan bagi memenuhi keselesaan pengguna. Pihak kerajaan haruslah peka dalam memajukan sistem pengangkutan awam darat agar setanding dengan sistem pengangkutan awam darat negara luar.
SUMBERhttp://kemilauadiwarna.blogspot.com/
KEBURUKAN MENGGUNAKAN KENDERAAN BERMOTOR
Era globalisasi yang sarat dengan pelbagai cabaran zahir dan maya ini, terbit satu persoalan yang sering menjadi perbualan masyarakat di seluruh dunia, iaitu implikasi sebenar penggunaan kenderaan bermotor. Kenderaan bermotor mula digunakan secara komersial sejak awal tahun 1990-an terutamanya di benua Eropah. Perkembangan industri automotif yang berlaku seiring dengan Revolusi Perindustrian telah menyebabkan kenderaan bermotor seperti kereta, kapal terbang, kapal berkuasa wap dan kereta api digunakan di seantero dunia. Kini, kenderaan bermotor menjadi salah satu keperluan masyarakat, terutamanya penduduk yang tinggal di kawasan bandar. Kesannya, penggunaan kenderaan bermotor semakin meningkat secara mendadak pada setiap hari. Malah, menurut Statistik Jabatan Pengangkutan Jalan Raya, hampir sepuluh ribu kenderaan bermotor yang baru telah didaftarkan di seluruh negara kita sepanjang tempoh sepuluh bulan pertama tahun ini. Sememangnya benar bahawa situasi ini menunjukkan taraf hidup masyarakat Malaysia semakin meningkat. Namun begitu, hakikatnya, kita tidak sedar bahawa peningkatan penggunaan kenderaan bermotor menyebabkan pelbagai kemudaratan kepada kehidupan seharian.
Pertama sekali, penggunaan kenderaan bermotor menyebabkan pencemaran alam sekitar. Hal ini demikian kerana bahan fosil yang digunakan sebagai bahan api untuk kenderaan bermotor melepaskan pelbagai bahan pencemar alam sekitar. Misalnya, kereta dan motosikal telah disenarai sebagai punca utama pencemaran udara kerana melepaskan asap yang mengandungi pelbagai bahan pencemar berbahaya seperti karbon monoksida, nikotin, karbon dioksida dan nitrogen oksida. Akibatnya, udara yang segar dan bebas daripada pencemaran semakin kotor. Keadaan ini seterusnya menyebabkan pelbagai masalah kesihatan kepada manusia. Umpamanya, kandungan karbon monoksida yang tinggi dalam udara akan mengganggu sistem respiratori kita sehingga menyebabkan kematian dalam jangka masa yang panjang. Maka, terbuktilah bahawa secara tidak langsung, penggunaan kenderaan bermotor membawa masalah yang rumit terhadap alam sekitar dan hidup kita.
Selain itu, peningkatan penggunaan kenderaan bermotor akan turut menyebabkan bekalan bahan fosil semakin berkurang. Kita semua sedia maklum bahawa petroleum dan diesel merupakan bahan api utama kenderaan bermotor. Walaupun terdapat pelbagai jalan alternatif seperti kenderaan berkuasa elektrik dan pengangkutan awam, tetapi kebanyakan daripada kita masih memilih kenderaan persendirian sebagai pengangkutan harian yang utama. Kesannya, kini, bekalan petroleum dan diesel yang merupakan antara sumber bumi yang tidak boleh diperbaharui dijangka habis menjelang tahun 2050. Hal ini amat membimbangkan kerana jika bekalan bahan fosil tersebut habis, pelbagai indsutri yang amat bergantung terhadap penggunaan kenderaan bermotor akan lumpuh. Contohnya, industri pelancongan, industri perikanan dan kegiatan perdagangan tidak akan dapat dijalankan sama sekali. Keadaan ini sesungguhnya menunjukkan bahawa tahap kebergantungan kita yang tinggi terhadap kenderaan bermotor yang menggunakan sumber yang tidak boleh diperbaharui sebagai bahan api akan mengganggu ekonomi di seluruh dunia.
Di samping itu, kenderaan bermotor yang digunakan secara meluas dalam kalangan rakyat Malaysia juga menyebabkan timbulnya pelbagai gejala sosial yang serius. Golongan muda sememangnya berdarah panas dan sentiasa mempunyai semangat inkuiri yang tinggi. Hal ini menyebabkan mereka ingin mencuba perkara-perkara yang baru tanpa memikirkan impaknya terhadap diri mereka dan orang lain. Kini, insan kerdil ciptaan Tuhan ini sering menjadikan kenderaan bermotor sebagai 'alat mainan' bersama rakan-rakan mereka. Tamsilnya, kita dapat lihat puluhan remaja terlibat dengan perlumbaan motosikal dan kereta secara haram terutamanya di ibu negara. Lebih menyedihkan lagi apabila situasi ini menyebabkan nyawa tunas yang baru sahaja mengenali dunia melayang secara sia-sia akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa berlumba. Walaupun kita boleh menyalahkan ibu bapa, pihak kerajaan atau diri remaja itu sendiri sebagai punca utama berlakunya gejala ini, tetapi jika diteliti, kewujudan kenderaan bermotorlah yang sebenarnya membawa kepada keadaan tersebut. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa secara tidak langsung, kenderaan bermotor seperti kereta dan motosikal memangkin keruntuhan akhlak manusia.
Seterusnya, kos sara hidup kita turut meningkat akibat menggunakan kenderaan bermotor. Kos pembelian kereta, van dan motorsikal kini sangat tinggi malah mencecah puluhan ribu ringgit. Kos tersebut tidak berhenti di situ sahaja. Pada setiap tahun, kita perlu memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk kos bahan api dan kos penyelenggaraan kenderaan kita. Malah, secara anggaran, kita harus membelanjakan hampir RM 10, 000 setahun untuk kenderaan persendirian. Keadaan ini ditambah pula dengan kewujudan pihak yang sengaja mengambil kesempatan dengan mengenakan harga yang tinggi untuk membaiki sesuatu kerosakan kenderaan bermotor. Umpamanya, pihak pengusaha kedai membaiki kereta sengaja menaikkan harga tayar semasa musim perayaan untuk mengaut keuntungan yang lebih tinggi. Kesannya, kita terpaksa menghadapi perbelanjaan yang tidak tentu dan boleh berubah pada bila-bila masa secara mendadak.
Tuntasnya, sememangnya terdapat pelbagai kesan buruk penggunaan kenderaan bermotor. Oleh itu, pihak kerajaan seharusnya menggalakkan penyelidikan dan pembangunan untuk mencari jalan alternatif demi menggantikan penggunaan kenderaan bermotor. Pada masa yang sama, pihak yang menguruskan pengangkutan awam harus meningkatkan mutu perkhidmatan mereka untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam dan meminimumkan pemilikan kenderaan persendirian. Pihak sekolah dan ibu bapa pula mestilah mendidik anak-anak yang masih muda tentang keburukan menggunakan kenderaan bermotor sejak mereka kecil lagi kerana sesungguhnya melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika kita berjaya mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor seperti di negara Jepun dan Singapura, tidak mustahil kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan mereka dan seterusnya menzahirkan Wawasan 2020.
Sumber:http://belajarmengarang.blogspot.com/
PUNCA-PUNCA KEMALANGAN JALAN RAYA
Kemalangan jalan raya ialah peristiwa ngeri yang biasanya melibatkan perlanggaran dua kenderaan atau lebih di jalan raya atau pun lebuh raya. Kemalangan sebegini biasanya boleh membawa kecederaan dan juga kematian. Negara kita merupakan antara negara yang mempunyai angka kematian akibat kemalangan yang tinggi. Oleh itu ada banyak punca yang harus kita kaji untuk memahami masalah ini.
Punca pertama ialah kemalangan disebabkan oleh kecuaian pemandu itu sendiri ketika menggunakan jalan raya. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk dan mengantuk atau tidak sedarkan diri. Ada juga yang tidak suka menjaga kenderaan mereka lalu kemalangan boleh berlaku kerana masalah brek, tayar dan sebagainya. Mereka tidak menghiraukan keselamatan orang lain ketika memandu kerana menganggap mereka cekap mengawal stering kenderaan. Jadi, kemalangan mudah berlaku akibat kecuaian mereka ini.
Selain itu kemalangan juga disebabkan oleh keadaan jalan raya yang tidak baik. Biasanya jalan raya menjadi lebih bahaya ketika waktu hujan turun kerana air hujan menyebabkan jalanraya menjadi lebih licin lalu sukar untuk dikawal jika pemandunya tidak berhati-hati. Begitu juga dengan keadaan jalan raya yang tidak lurus dan turun naik yang menyukarkan pemandu untuk memberi tumpuan lalu mudah berlakunya peristiwa ngeri ini. Maka, keadaan jalan raya harus diubah supaya menjadi lebih selamat buat pengguna jalan raya.
Malah, ada pihak yang menyalahkan pemandu baru yang menyebabkan kemalangan terus menerus berlaku di negara ini. Mereka dikatakan tidak mahir untuk mengawal kenderaan terutama ketika dalam keadaan kecemasan yang menyebabkan banyak yang panik. Golongan muda juga diselar kerana mereka biasanya suka memandu dengan bahaya dan laju. Sesungguhnya, satu alat mekanisme baru harus dicari untuk memastikan tahap pemanduan pemandu baru mencapai piawaian yang baik.
Jumlah kemalangan bertambah juga berkaitan dengan jumlah kenderaan yang bertambah setiap tahun. Pertambahan bilangan kenderaan menjadikan lalu lintas begitu sibuk dan penuh dengan kenderaan. Sudah pasti keadaan ini meningkatkan peratusan untuk sesuatu kemalangan itu berlaku di jalan raya. Jelaslah, semakin banyak kenderaan di jalan raya risiko untuk kemalangan berlaku amat tinggi.
Kesimpulannya, kadar kemalangan jalan raya di negara ini begitu menakutkan kita semua. Satu usaha yang berani harus dilaksanakan oleh pihak berkuasa untuk menghalang masalah ini menular lagi. Kita harus sedar bahawa nilai nyawa manusia begitu berharga. Pandu cermat jika selamat.
Sumber:http://pmrbest.blogspot.com/
PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA
Rangkaian pengangkutan awam di negara kita meliputi pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT) dan monorel. Memang sudah ada banyak usaha yang dilakukan untuk menyatukan semua perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh lagi. Oleh itu, pelbagai kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam negara kita harus difahami untuk menangani masalah yang sudah berlanjutan agak lama ini.
Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem pengangkutan awam kita ialah harganya yang mahal. Kadar tambang terutama teksi dan LRT dianggap oleh masyarakat sebagai agak mahal untuk mereka gunakan dengan kerap sistem pengangkutan itu. Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam terutama LRT agak kurang dan tidak menyeluruh seperti mereka hanya menggunakan pengangkutan awam hanya untuk ke pejabat sahaja. Jadi, kemelut utama ini harus diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu melihat rakyat negara ini berduyun-duyun menggunakan LRT.
Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan sistem pengangkutan awam yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutama bas tidak boleh diharap terutama jadual perjalanannya yang menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Masalah penjagaan bas, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori ini kerana penyelenggaraan yang tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja menyampah melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadualnya tetapi juga kegagalan mereka untuk menjaga tahap kualiti perkhidmatan pengangkutan awam mereka.
Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan menghadapi masalah untuk menukar sistem pengangkutan. Contohnya, antara monorel dengan LRT atau antara bas dengan monorel. Keadaan ini menyebabkan penjalanan penumpang terganggu kerana terpaksa beratur untuk membeli tiket sebelum menaiki pengangkutan awam yang lain pula.
Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, sudah pasti keadaan ini dianggap merumitkan kehidupan masyarakat. Maka, satu sistem tiket yang bersepadu harus dihasilkan oleh kerajaan dengan segera sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan.
Malah, pengangkutan awam turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja mereka seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika memandu. Sering kali masyarakat mengadu kerakusan pemandu pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan oleh meningkatkan kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap tidak prihatin mereka ini telah memberi satu imej negatif kepada semua pekerja yang bekerja dalam sistem pengangkutan awam negara. Sesungguhnya, semua pekerja pengangkutan awam harus diberi satu kursus untuk memastikan mereka lebih mesra pelanggan dan bukannya dibenci oleh pelanggan.
Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam ini memang banyak tetapi rumit untuk diselesaikan. Ketika masyarakat semakin gusar dengan mutu perkhidmatan pengangkutan awam, pihak kerajaan harus membuat tindakan drastik menangani isu ini. Mungkin sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas bagi mengatasi kemelut ini.
Sumber: https://mindabahasa.wordpress.com/2009/01/24/contoh-karangan-isu-pengangkutan-awam/
SISTEM PENGANGKUTAN AWAM BERSEPADU HARUS DIJADIKAN KEUTAMAAN- JAWATANKUASA PENGANGKUTAN AWAM MALAYSIA
21 APRIL —Jawatankuasa Kerja Pengangkutan Awam Malaysia telah menyampai suatu memorandam kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) dengan beberapa rekomendasi.
Bersempena dengan Hari Antarabangsa Pengangkutan Awam Percuma yang disambut pada Hari Sabtu pertama dalam bulan Mac setiap tahun, kami dari Jawatankuasa Kerja Pengangkutan Awam Malaysia yang terdiri daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik ingin menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad).
Kami dari Jawatankuasa Kerja Pengangkutan Awam Malaysia telah mengadakan Forum Nasional Pengangkutan Awam pada 3 November 2012 di Petaling jaya dan forum peringkat negeri di Pulau Pinang pada 14 September 2014. Forum yang disertai oleh agensi kerajaan persekutuan, wakil kerajaan negeri, NGO-NGO dan orang awam yang telah berjaya merangka beberapa rekomendasi kepada kerajaan berkenaan pengangkutan awam di Malaysia.
Kami dari Jawatankuasa Kerja Pengangkutan Awam Malaysia ingin menyarankan beberapa rekomendasi kepada Spad bagi memantapkan pengangkutan awam di Malaysia.
Rekomendasi:
Sistem pengangkutan awam yang komprehensif dan bersepadu harus dijadikan keutamaan negara kita.
Sistem yang kita ada sekarang yang mengutamakan penggunaan kenderaan persendirian sedang menelan perbelanjaan yang besar untuk masyarakat kita, menyebabkan kesesakan jalan-jalan di bandar-bandar kita dan juga pencemaran alam. Oleh itu adalah jauh lebih baik untuk kita beralih kepada satu sistem yang berdasar pada pengangkutan awam.
Sistem pengangkutan awam yang berasakan bas (BRT ataupun Bus Rapid Transport) harus ditingkatkan dan dipromosikan kerana ia jauh lebih murah dan cepat dilaksanakan dengan memakai pasarana yang sedia ada berbanding sistem MRT ataupun “Mass Rail Transport”.
Lane-lane jalan khas untuk bas awam harus dilaksanakan untuk mewujudkan satu jaringan jalan bas untuk tiap bandar besar di negara kita. Kos melakukan ini adalah segelintir daripada perbelanjaan membangunkan MRT.
Pada takat ini MRT hanya dibangunkan di Lembah Klang. BRT boleh dilaksanakan serentak di beberapa kawasan perbandaraan. Pengangkutan awam yang lain seperti tram bandar dan pengangkutan air di bandar-bandar yang berhampiran dengan sungai atau laut boleh dipakai untuk mewujudkan satu sistem pengangkutan yang bersepadu.
Sistem pengangkutan awam harus dibangunkan dan diuruskan oleh kerajaan kerana ia merupakan satu kemudahan asas yang dipakai oleh rakyat biasa. Jika dibiar pada sektor swasta kos pengangkutan akan naik dan laluan-laluan yang tidak menguntungkan tidak akan diberi perkhidmatan dengan sempurna.
Badan-badan yang melaksanakan system pengangkutan awam harus beroperasi secara transparen dan demokratik sebagai satu amanah atau lembaga di tiap kawasan dengan penyertaan masyarakat tempatan, pekerja pengangkutan dan kerajaan tempatan.
Kuasa untuk memutuskan laluan jalan bas harus diturunkan kepada negeri dan kerajaan tempatan supaya rancangan yang mengambilkira situasi tempatan dapat diamal. Sistem yang sedia ada sekarang di mana terlalu banyak kuasa dipusatkan di Putrajaya tidak berupaya melahirkan satu sistem yang efisyen dan bersepadu di semua negeri dan semua kawasan kerajaan tempatan.
Kerajaan harus menggunakan pendidikan, peraturan zon dan mekanisme harga untuk menyekat dan mengurangkan pengangkutan persendirian yang sedang mengakibatkan kesesakan jalan raya dan bandar raya kita.
Pendidikan harus dimulakan sekarang dan bukannya selepas system pengangkutan awam mula beroperasi. Pendidikan harus mengetengahkan hubungan antara penggunaan pengangkutan awam dan alam sekitar, selain mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan kepadatan penduduk yang tinggi. Penggunaan pengangkutan awam dan kenderaan tidak bermotor boleh mengurangkan kemalangan jalan raya.
Sistem pengangkutan awam harus mesra golongan kurang upaya dan warga tua
Kami berharap pihak Spad akan meneliti dan membawa rekomendasi-rekomendasi ini kepada pihak kerajaan/ Kementerian bagi membolehkan rekomendasi-rekomendasi ini diambil kira dalam merangka Strategi Pengangkutan Awam di Malaysia.
Sumber: http://www.themalaymailonline.com/what-you-think/article/sistem-pengangkutan-awam-bersepadu-harus-dijadikan-keutamaan-jawatankuasa-p
ISU KEMALANGAN JALAN RAYA SEMAKIN MENINGKAT
Malaysia kerugian RM7.8 bilion bersamaan 1.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akibat kemalangan jalan raya
termasuk kemalangan maut di negara ini pada 2008, menurut Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).
Ketua Pengarah Miros, Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, antara punca utama kemalangan maut ialah sikap pemandu yang memandu dalam keadaan terburu-buru sehingga memakan jalan pemandu lain, berhenti secara mengejut, mengekor rapat dan melanggar lampu isyarat. Sementara penunggang motosikal pula menunggang dengan berlagak sebagai hero, katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Ahmad Farhan berkata, mengikut statistik Bukit Aman, dari Januari hingga November tahun lepas, sebanyak 5,753 kes kemalangan maut direkodkan yang membabitkan 2,464 motosikal, kereta (1,428), lori (559), kenderaan pacuan empat roda (4X4) 231, van (190), bas (121), teksi (74), lain-lain kenderaan (178), basikal (114) dan pejalan kaki (370).
Punca kemalangan maut yang dicatatkan pula antaranya akibat terbabas sendiri (1,587 kes), memakan jalan (856), cuba atau sedang menukar laluan (774), cuai ketika keluar dan masuk simpang jalan susur (585), mengekor rapat kenderaan hadapan (337), tidak nampak kenderaan atau objek serta binatang dihadapan (556), melawan aliran trafik (161), membuat pusingan U (220) dan tidak ikut lampu isyarat (106).
Selain itu sikap leka, suka berangan dan mengantuk (100), cuai ketika mengundurkan kenderaan (62), berlumba (21), berhenti mengejut (18), mabuk dan di bawah pengaruh dadah (10), dan lain-lain (340) juga menyebabkan kemalangan.
Berdasarkan statistik pada 2009, seramai 6,745 pengguna jalan raya maut berbanding 6,527 orang pada 2008, di mana 60 peratus daripadanya merupakan penunggang dan pembonceng motosikal.
Beliau berkata selain sikap manusia, penyebab kemalangan maut atau mendatangkan kecederaan turut dipengaruhi pelbagai perkara lain antaranya faktor jalan, persekitaran dan kenderaan.
"Sikap manusia adalah penyebab utama kemalangan dan 60 peratus kematian di jalan raya adalah di kalangan penunggang mahupun pembonceng motosikal," katanya.
Beliau berkata dari kajian yang dilakukan ke atas punca kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal, kebanyakan mereka menunggang secara berbahaya, tidak memakai topi keledar atau tidak memakainya dengan betul.
"Menurut kajian terkini yang kita lakukan, remaja bawah 20 tahun yang terlibat dalam kemalangan membabitkan motosikal adalah tidak mempunyai lesen," katanya.
- Kuala Lumpur, 7 Januari 2011
Dipetik dari Berita BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)