Tuesday, 16 June 2015
PENGANGKUTAN BAS
PENGANGKUTAN BAS
BAS TRANSIT LAJU (BRT)
BRT merupakan sebahagian daripada Rancangan Transformasi Bas (BTP) Negara yang menghendaki peningkatan sistem bas henti-henti, khususnya berikutan perubahan keperluan penumpang dan sistem pengangkutan awam. Di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara Pengangkutan Awam Bandar (UPT NKRA), satu komponen Program Transformasi Kerajaan (GTP), perjalanan bas akan dimodenkan dan diluaskan untuk memperbaik kecekapan dan kesalinghubungan.
BRT projek utama di bawah pelan ini yang menghasilkan koridor ekspress juga dikenali sebagai koridor BRT yang memudahkan perjalanan bas di antara destinasi. Dua belas koridor telah dikenal pasti bagi wilayah Greater KL/Lembah Klang dengan koridor BRT yang pertama, bagi laluan Kuala Lumpur- Klang yang dilancarkan pada tahun 2012. Sementara itu, S.P.A.D terus mengendalikan tinjauan kejuteraan bagi laluan yang dicadangkan dan sedang menjalankan kajian tentang laluan alternatif.
Dana Sokongan Sementara Bas Henti-henti(ISBSF)
Kerajaan telah melaksanakan Dana Sokongan Sementara Bas Henti-henti(ISBSF) untuk memenuhi keperluan UPT NKRA selepas YAB Perdana Menteri meluahkan kebimbangan tentang impak terhadap rakyat yang terjejassusulan kehilangan perkhidamatan bas disebabkan pengendali membatalkan laluan yang tidak menjana keuntungan. Inisiatif ISBSF akan membantu memastikan bas-bas akan terus menyediakan perkhidmatan di semua laluan, termasuk di laluan yang tidak menguntungkan. Dana ini akan terus menggalakkan pngendali bas untuk mengaktifkan semua laluan yang dihentikan selain mempertingkatkan kualiti
perkhidmatan dengan menambah kekerapan perjalanan dan memperbaik keadaan kenderaan secara am. Dengan peruntukan sebanyak Rm400 JUTA daripada kerajaan, S.P.A.D mula mengagihkan dana pada 3 Januari 2012. Pengendali bas henti-henti yang layak menerima bantuan ISBSF boleh membuat permohonan kepada S.P.A.D. untuk mendapatkan dana. Sepanjang tahun 2012, S.P.A.D mengadakan 13 sesi taklimat bersama pengendali bas di seluruh negara mengenai insiatif ISBSF di samping menggalakkan pengendali bas untuk memohon bantuan pembiyaan. Sejumlah 75 pengendali bas di Semenanjung Malaysia dan 23 pengendali bad di Mlaysia Timur.
BAS BANDAR GO-KL-PERKHIDMATAN BAS PERCUMA YANG PERTAMA DI MALAYSIA
Bas bandar GO-KL merupakan perkhidamatan bas percuma yang beroperasi dalam lingkungan Daerah Perniagaan Pusat (CBD) Kuala Lumpur. Hasil idea YAB Perdana Menteri, GO-KL juga merupakan sebahagian Pelan Tranformasi kerajaan untuk memperbaiki pengangkutan awam dan meningkatkan bilangan penumpang. GO-KL dilancarkan pada 31 Ogos 2012 untuk membantu memperbaiki mobiliti di kwasan CBD dengan menyediakan akses pengangkutan awam yang lebih mudah. Insiatif ini turut menyasarkan peningkatan pelancongan di pusat bandar dengan menyediakan akses mudah ke tempat-tempat menarik selain membantu meringankan kesesakan lalu lintas, khususnya semasa waktu puncak, dengan mengurangkan keperluan kepada kenderaan persendirian di CBD. Pada masa ini, GO-KL mengendalikan dua laluan iaitu, laluan hijau dan laluan ungu. Kedua-dua laluan ini telah dikenal pasti sebagai kawasan tumpuan dengan kesalinghubungan kepada mod pengangkutan lain untuk perjalanan yang lancar. Laluan Hijau beroperasi dari KLCC ke Bukit Bintang (7.4 km), manakal laluan ungu pula beroperasi dari Hab Pasar Seni ke Bukit Bintang (6.5 km). GO-KL menyediakan beberapa ciri perkhidmatan termasuk perkhidmatan di setiap hentian pada setiap lima minit, laluan bas khusus 9untuk laluan tertentu) dan WI-FI percuma untuk penumpang.
SUMBER sumber:http://www.spad.gov.my/sites/default/files/s.p.a.d.laporantahunan2012.pdf
Labels:
ENTRY
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment