1. pencemaran air
2. pencemaran udara
3. pencemaran bunyi
4. hakisan
5. tanah runtuh
6. gelongsoran tanah
7. perubahan landskap
Kenderaan bermotor terutama kenderaan yang menggunakan petrol berplumbum dan kenderaan diesel menyebabkan pencemaran udara berlaku. kandungan sulfur dioksida dan nitrogen dioksida yang dilepaskan daripada kenderaan menjejaskan kualiti udara seperti kejadian jerebu yang memudaratkan kesihatan manusia. Pertambahan bilangan kenderaan menyebabkan pencemaran bunyi yang boleh mengganggu ketenangan dan ketenteraman penduduk di bandar. Kerja-kerja pembinaan infrastruktur pengangkutan juga menghasilkan bunyi bising. Perkhidmatan udara juga menghasilkan bunyi bising apabila kapal terbang berlepas dan mendarat.
Pembinaan perlabuhan boleh mengakibatkan pencemaran air berlaku apabila kerja-kerja penambakan laut dilakukan. laut menjadi keruh kerana tercemar oleh kelodak. keadaan ini menjejaskan kualiti dan hidupan air. perkembangan perkhidmatan perkapalan juga meninggalkan kesan negatif kepada alam sekitar apabila berlaku pertumpahan minyak di perairan laut atau di pelabuhan. Pembuangan sisa dari kapal turut mencemarkan air laut.
Pembinaa lebuh raya telah menyebabkan berlakunya kejadian hakisan, tanah runtuh dan gelongsoran tanah. kerja-kerja meratakan cerun, menarah susur bukit dan meneres tebing curam telah menyebabkan kejadian tanah runtuh kerana struktur tanah yang longgar dan tidak stabil. Air sungai yang tercemar hasil hakisan air boleh menjejaskan kualiti air dan hidupan akuatik. Pembinaan jaringan sistem pengangkutan telah mengubah landskap di kawasan sekitarnya. Landskap fizikal telah bertukar menjadi landskap budaya, contohnya pembinaan teres-teres bukit, terowong, tanaman bunga dan tanaman pokok-pokok di sepanjang lebuh raya.
Perkembangan pengangkutan telah mempengaruhi alam sekitar. Sistem pengangkutan membawa banyak kebaikan kepada manusia. Walaubagaimanapun, kita harus menggunakan pelbagai cara untuk mengurangkan kesan negatif perkembangan jaringan pengangkutan terhadap alam sekitar.
SUMBERhttp://www.academia.edu
👌👌👌👌👌👍👍👍👍👍
ReplyDeleteSeronok ke ambil hasil kerja orang..
ReplyDeletehttps://www.academia.edu/7515751/Kesan_kesan_perkembangan_pengangkutan_terhadap_alam_sekitar
Good👍👍
ReplyDelete